Make your own free website on Tripod.com

Raudah ArRidho

SEJARAH YANG HILANG

Muka Hadapan
Mengenai Kami
Perkumpulan Kami
Hubungi Kami
KEMELUT SESUDAH RASULULLAH
Kehadiran Rasulullah
Ali bin Abi Tholib
Imam Hasan Bin Ali Bin Abi Tholib
Fatimah azzahra a.s.
Imam Husein Asyahid a.s.
Peristiwa Karbala
Imam Ali Zainal Abidin
Imam Muhammad Al-Baqir
Imam Jaafar As-shodiq
Imam Musa Al-Kadzim
Imam Ali Ar-Ridho
Imam Muhammad Ali Al-Jawad
Imam Ali Hadi An-Naqi
Imam Hasan Al-Askari
Imam Mahdi Sohibuz Zaman
Ijtihad 4 Sahabat
Ijtihad Abu Bakar
Ijtihad Umar
Ijtihad Othman
Ijtihad Ali Ibn Abi Tholib
Doa-Doa Dalam Shi'ei
Yuhana Mencari Kebenara

YUHANA MENCARI KEBENARAN

Disini satu lagi paparan  oleh seorang Ilmuan sejarah Hassan Saeed yang telah membukukan penemuannya kedalam bahasa ingeris dan telah diterjemahkan oleh sahabat kami.Sama-samalah kita mengkaji dan merenung sejauh-jauhnya akan kefahaman kita tentang islam yang kian lama kian pupus dan dimana kedudukan kita sekarang..
 

Prakata Penterjemah

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpahan  hidayah  dan  inayah-Nya, salawat dan salam  kepada  Nabi  Muhammad (s.a.w)  dan  para Imam Ahl al-Bayt (a.s), para  sahabatnya yang tulus ikhlas menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.

Dengan  segala daya dan upaya yang ada, saya telah  berusaha untuk menyempurnakan sebuah penterjemahan buku yang ditulis dalam Bahasa  Inggeris bertajuk " Yuhanna Zimmi in search of  truth  ", untuk  dialihbahasakan  ke Bahasa  Malaysia dengan tajuk “ Yuhanna Mencari Kebenaran.” Walaupun berhadapan dengan pelbagai kerumitan, saya berharap agar buku kecil ini akan dapat memenuhi  kehendak para cendikiawan dan intelek muslim yang  tercari-cari sesuatu yang pernah hilang di suatu ketika dahulu.

Kesukaran mungkin dihadapi oleh umat Islam kerana  buku-buku bercorak Islam yang hakiki tidak begitu banyak didapati di  dalam Bahasa  Malaysia.  Jadi, saya mengharapkan semoga keilmuan  yang berharga  ini dapat dimanfaatkan bagi kepentingan  Islam  umumnya dan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sebarang keilmuan yang terkandung dalam buku ini  seharusnya dinilaikan  dengan fikiran yang lebih  terbuka  tanpa  sebarang prasangka dalam usaha kita mencari kebenaran yang hakiki. Semoga usaha  yang  tidak sepertinya ini  mendapat keberkatan  daripada Allah s.w.t. Akhir kata, ucapan salawat dan salam ke atas Junjungan  kita Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam Ahl  al-Bayt  (a.s) (Allahumma salli `ala Muhammad wa Al al-Muhammad).

Pada hari Allah s.w.t, pencipta alam semesta ini mengasaskan kewujudan alam ini, Ia telah menciptakan sebuah alam yang lengkap sempurna, jauh daripada sebarang kekurangan dan kecacatan  dengan maksud agar pada suatu hari nanti, semuanya dapat berjalan dengan baik dan menuju matlamat ketauhidan kepada Allah s.w.t jua.

Di  antara makhluk-makhluk ciptaan-Nya, manusia dicipta  dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu supaya ia dapat mempergunakan segala  kemudahan  dan meneruskan kegiatan hidup mereka  di  alam maya  ini.  Walau bagaimanapun, manusia tentulah  tidak  berupaya menanggapi  semua persoalan misteri yang terjadi  atau  menjalani peringkat-peringkat kehidupan mereka dengan jaya tanpa mengalami saat-saat kematian dan kemusnahan.

Justeru  itu,  Allah  menyempurnakan  penciptaannya   dengan pertolongan  dan petunjuk-Nya dengan mengutuskan para  rasul  dan nabi  dari kalangan mereka sendiri untuk memimpin ke arah  jalan yang benar dan lurus. Nabi  atau utusan Allah, menerusi perutusan wahyu  dan  kurniaan  kekuatan  pemberian Allah, berupaya   menyingkapkan  tabir yang  menghalanginya atau dengan kata-kata lain, mampu  menyerlah intipati dunia ini ke seluruh pelusuk rantau.

Kalaulah seandainya pada hari dan waktu dunia ini ketandusan cahaya  kepimpinan Ilahi, tentulah akan  berlaku  porak-peranda. Jadi,  manusia  yang  tidak ada daya dan  upaya  ini, dibebaskan daripada  sebarang  tanggungjawab lalu  mereka akhirnya  menuduh Allah  berlaku tidak adil terhadap mereka. Keadaan  ini samalah seperti Allah menciptakan manusia tetapi tidak menyediakan  makanan yang  mencukupi  untuk keperluan mereka.  Hal  ini  tentunya mengaibkan lebih-lebih  lagi kepada penciptanya  sendiri.  Namun begitu, pada hakikatnya Allah telah menyediakan keperluan makanan itu,  tetapi hanya manusia sahaja yang tidak mahu berusaha untuk mencarinya. Lantaran itu, kesalahan hendaklah dipertanggungjawabkan ke atas bahu makhluk dan bukan kepada Khaliqnya.

Golongan  Syi`ah berserta mereka yang mempercayai  kesempurnaan  Allah berdasarkan akal yang waras menerima hakikat ini  dan tidak  pernah  sekali-kali menyangkalnya. Tiada seorang jua  pun yang  boleh  mengatakan peraturan dan ketetapan Allah  ini  mesti kekal  dari dulu hinggalah sekarang ini, malahan hendaklah  berubah. Contohnya, kewujudan alam ini tidak pernah berlaku sbelumnya tetapi itulah peraturan yang telah dilaksanakan.

Dunia ini ibarat matahari yang bersinar dan pastinya  bersinar.  Begitulah  juga dengan para nabi yang pasti  wujud.  Kadang kala matahari terselindung di balik awan, tetapi awan tidak  akan dapat  menahan sinar matahari. Apabila angin bertiup,  awan  akan berarak lalu, dan matahari akan kembali seperti sedia kala.

Begitulah  juga dengan para nabi dan Imam  (pemimpin  agama) pasti  wujud, ibarat logam yang tersembunyi di dalam perut  bumi, tentu  boleh ditemui seandainya digunakan peralatan  yang khusus untuk mencarigalinya. Nabi  s.a.w telah bersabda dengan penuh rasa rendah  dirinya kepada Allah:  " Barang siapa menjadikan aku  sebagai  mawlanya, maka Ali juga menjadi mawlanya."

Sehubungan  dengan ini, golongan Syi`ah  menjelaskan  bahawa pada masa Nabi s.a.w wafat, seorang hamba Allah yang  benar-benar beriman  kepada-Nya,  pasti wujud dan  dijaga-Nya agar  sesiapa sahaja yang menginginkan jawatan khalifah itu tidak dapat berbuat sesuatu  untuk mengambilnya.  Allah  sudah  tentu memerintahkan Nabi-Nya supaya menjelaskan manusia pilihan Allah dan  mengangkat status dan kedudukannya di mata sekalian manusia waktu itu.

Nabi s.a.w dari mula hinggalah baginda wafat, terus  menerus berusaha menerangkan hakikat ini melalui berbagai-bagai cara  dan di pelbagai tempat. Ulamak Islam telah mengambil inisiatif mencatatkan sabda-sabda baginda s.a.w dalam kitab-kitab mereka.

Secara ringkasnya, golongan Syi`ah percaya dan yakin  bahawa berdasarkan dalil-dalil hadith dan akal, selepas Nabi s.a.w wafat hanya  ada  seorang sahaja yang layak  menjadi pemimpin,  wajib ditaati  dalam ketundukan kepada perintah Allah s.w.t iaitu  Imam `Ali (a.s).

Hari  ini, lebih 120 juta umat manusia  dari  berbagai-bagai bangsa menjadi pengikut `Ali dengan gelaran Syi`ah `Ali.  Gelaran ini telah diketahui umum semenjak dari zaman Nabi dan `Ali lagi, dan  selepas  itu ia menjadi begitu berpengaruh  hingga  menjadi lambang bagi golongan yang melantik `Ali (a.s) sebagai  khalifah selepas Nabi s.a.w.

Pada peringkat awal, perselisihan umat Islam hanya  berkisar di  sekitar masalah penggantian khalifah. Satu  pihak  mengenali `Ali sebagai khalifah yang keempat melalui proses ijma`  manakala di satu pihak lagi iaitu Syi`ah mengakui beliau sebagai  khalifah yang  pertama yang telah ditetapkan oleh  Allah  s.w.t sendiri. Keadaan ini tidak dapat bertahan lama, sebelum pihak yang pertama tadi mula mengambil sikap menyisihkan diri daripada ajaran  Tuhan dengan maksud agar pemilihan seterusnya dibuat berdasarkan  pilihan orang ramai (ijma`).

Dengan  alasan-alasan yang di luar daripada apa yang  dibincangkan ini, mereka mula meletakkan diri mereka kepada kekurangan dan  kelemahan yang ada pada diri manusia, tertipu bukan  sahaja dalam  masalah furu` (cabang) bahkan juga  dalam masalah-masalah usul (dasar). Mereka tidak berkemampuan untuk menerangkan hal-hal ketuhanan, dan membawa manusia ke landasan yang sebenarnya kerana yang pastinya  manusia itu biar bagaimana luas ilmu  atau  bijak mana sekalipun, tentu tidak mampu mencapai peringkat ilmu tertentu  dan  memahami  kebenaran dengan cara  mereka  sendiri.  Dalam keadaan  ketidakmampuan ini, mereka memerlukan pertolongan  Ilahi yang  hanya dapat dijangkau menerusi manusia pilihan Allah  untuk menyelamatkan mereka daripada kekecewaan dan kepincangan.

Perbezaannya  hanyalah  kerana pada  mulanya  ia  memerlukan makanan  yang ringkas sahaja dan  kemudian  bertambah  kompleks. Bagaimanapun  kedua-dua  hal tadi  menunjukkan manusia  sentiasa memerlukan  sesuatu dan Allah sahajalah yang akan  menjadi  penolongnya.

Dari  apa  yang telah diperkatakan tadi,  jelas  menunjukkan Syi`ah  dalam semua peringkat perkembangannya bergantung  harapan kepada  Allah  kerana mereka mengetahui bahawa tiada Tuhan  yang berhak  disembah selain Dia, dan pada masa yang sama turut  menghormati  para utusan Allah terhadap segala keputusan  yang telah ditetapkannya.  Atas dasar inilah, mereka terus berpegang  kepada perintah Rasul kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "  Aku akan pergi meninggalkan kamu semua, tetapi aku  telah tinggalkan kepadamu  dua ingatanku yang  paling  berharga  (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur'an, kitab Allah yang pasti dijaga seperti janji-Nya hingga ke Hari Qiamat dan memeliharanya daripada  sebarang perubahan dan pemalsuan. Keduanya, pewarisku yang  dibersihkan  Allah  dengan sebersih-bersihnya daripada sebarang  angkara syaitan  seperti  yang termaktub dalam  kitab  al-Qur'an.  Kedua-duanya  tidak akan berpisah antara satu dengan yang  lain  kerana jika  al-Qur'an  sahaja yang wujud tanpa penafsir  yang  ma`sum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) di sampingnya, pasti ia akan ditafsirkan  mengikut sesuka hati individu  tertentu  yang akhirnya hanya akan menimbulkan masyarakat yang pincang.

Sejarah  telah membuktikan golongan penindas dan orang  yang alim sering memenuhi maksud mereka dengan kezaliman.  Demikianlah sebaliknya  kalau  hanya para Imam yang ma`sumun  sahaja  wujud sedangkan  kitab Allah tidak ada, tidak akan ada  lagi  perintah-perintah Allah  yang  dapat dilaksanakan oleh  para Imam  untuk disempurnakan. Justeru itu, Syi`ah mengambil jalan yang paling baik, memenuhi  perintah Allah dengan jalan mengikuti Imam `Ali (a.s)  dan keturunannya  kerana mereka beramal dengan ajaran  al-Qur'an  dan Sunnah Nabi s.a.w tanpa sebarang perasaan ingkar.

Dalam usaha meningkatkan syiar Islam dan menumpaskan  musuh-musuhnya,  para pengikut Syi`ah mematuhi para Imam yang  ma`sumun dengan  berkorban seluruh jiwa raga mereka demi kerana Allah  dan agama Islam, tanpa sebarang perubahan dibuat dalam usaha penyebarannya  ke  merata  pelusuk dunia. Kalaulah  bukan  kerana usaha mereka yang bersungguh-sungguh ini, sudah pasti Islam tidak  akan dapat diperlihatkan dalam bentuknya yang asal. Apakah Islam  ini dapat dimengertikan dengan cara Mu`awiyah, Yazid dan para  pemerintah seumpama  mereka yang dikatakan  memerintah  berlandaskan perintah  Allah  dan Rasul-Nya, sedangkan umat  Islam  diwajibkan mentaati menurut perintah Allah, kepada setiap penindas-penindas tadi yang terhunus dengan pedang di tangan-tangan mereka.

Bagaimanakah  manusia  dapat menerima  agama  dan  menyembah Tuhan  yang seperti ini? Golongan Syi`ah dalam  mengikuti  para pemimpin  suci mereka, berupaya memisahkan matlamat dan  kehendak individu daripada kemahuan Allah dan membebaskan agama ini  daripada tangan mereka yang mengakui beriman kepada Allah sedangkan pada hakikatnya tidak demikian. Syi`ah melaungkan kepada  seluruh dunia bahawa Islam satu-satunya agama yang bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berusaha menentang kebenaran dan keadilan  atau menyokong penindasan dan menjadikan  orang-orang  yang tidak berdosa sebagai tawanan, juga syariat yang dibawanya  memenuhi kehendak yang diperlukan manusia. Justeru itu, syariat yang diutuskan oleh Allah  ini mestilah  dibawa  oleh  seorang  yang ma`sum.

Syi`ah dalam abad ke-14 ini tidak pernah mendapat  kekuasaan yang  sepenuhnya dan menenangkan dunia  dengan  kebenaran  Islam sebagai sebuah kuasa pemerintah. Bahkan sekiranya pada waktu itu, ia berjaya mendapat sebahagian kuasa atau kedudukan dalam  pemerintahan, ketegangan  dan perasaan anti-Islam  akan  wujud dalam masyarakat.  Ini mendorong golongan Syi`ah berfikir  dan  mencari jalan untuk  menyelamatkan  keadaan ini  yang  akhirnya  memaksa mereka mengamalkan konsep taqiyyah.

Pada  masa yang sama, Syi`ah membuat pengorbanan yang  tiada tolok  bandingnya dalam usaha menyebarkan ajaran Ilahi oleh  para Imam  mereka, meskipun berhadapan dengan berbagai-bagai  penderitaan  dan  kesengsaraan. Mereka dengan berkat  pertolongan  Ilahi mampu  membangunkan ciri-ciri kemanusiaan dan menyebarkan  ajaran agama  pemimpin mereka dalam bentuk yang lengkap sempurna kepada seluruh  manusia,  seterusnya dapat  menarik  perhatian kalangan cendikiawan dan mereka yang berilmu pengetahuan.

Mereka  mengemukakan Islam dalam bentuk yang boleh  dinilaikan,  seterusnya menawarkan bisa racun,  melunturkan  kesombongan dalam  penyebaran dakyah oleh negara-negara kuasa  besar.  Mereka juga  mampu  menyatakan ketinggian maksud yang  terkandung dalam al-Qur'an  dan  hadith hinggakan hari  ini,  walaupun berhadapan dengan  rintangan  demi rintangan, hampir 130  juta  umat  Islam bahkan  boleh  kita katakan 600 juta umat  Islam terhutang budi dengan pengorbanan para pejuang kebenaran yang berjaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya.

Salah  satu  sumbangan paling berharga yang  dilakukan  oleh Syi`ah  adalah berkait dengan perbincangan, analisis dan  penelitian  tentang perkara-perkara yang tersebut  dalam  hadith-hadith Nabi  s.a.w. Hadith-hadith itu dianalisis melalui bentuk  soaljawab, manakala persoalannya dibincangkan dengan terperinci, dikritik atau diakui dengan jelas untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang  yang boleh berfikir dan memahami hakikat kebenaran  dengan pemerhatian yang mendalam.

Di  antara  mereka  yang turut  memberikan  sumbangan  dalam bidang  ini ialah penyusun dan pengkritik hadith  yang  terkemuka iaitu  `Allamah  Abu al-Fath al-Razi yang telah  melakukan usaha yang tiada tolok bandingnya dalam memperlihatkan ketulenan ajaran al-Qur'an  dan  hadith. Perlu dinyatakan di sini  bahawa  beliau memiliki saham yang besar dalam usaha menghindarkan salahtafsiran terhadap  asas Islam menerusi sudut pandangan al-Qur'an  dan  Ahl al-Bayt a.s.

Ulamak  besar ini telah membincangkan masalah  khalifah  dan kepimpinan dalam masyarakat beragama ini dengan cara yang menarik dan  memperlihatkan kepada umum bahawa sesiapa sahaja walau  dari peringkat  apa  sekalipun, boleh dan mampu membezakan  yang  hak daripada  yang  batil  tanpa sebarang  perasaan  prejudis, untuk memilih dan menentukan jalan yang akan ditempuhi untuk  mendekati Allah s.w.t.

Usaha yang tidak ternilaikan daripada tokoh ulamak terkemuka tersebut diberi tajuk "Yuhanna Zimmi", telah sampai kepada kami dengan  cara yang sungguh terhormat oleh tokoh akademi  terkenal Dr. Syahabi, ketua di pusat pengajian Teologi di Masyad.

Dengan berkat Allah, ia telah dapat dicetak dan  diterbitkan beberapa  kali. Selepas ini, Sighat al-Islam wa al-Muslimin  Agha Esyterhardy,  salah seorang penulis terkemuka kami telah menghasilkan  kembali buku ini dalam bentuk yang lebih  menarik,  penuh dengan sumber-sumber keilmuan dan diberi tajuk " Pembelaan kepada Madhhab  Syi`ah  ". Kami sungguh bernasib baik kerana  buku ini berjaya  diulangcetak beberapa kali dan kini masih lagi  diperlukan,  tetapi kami tidak dapat memenuhi semua permintaan  tersebut akibat kekurangan bekalan.

Permintaan yang besar terhadap buku tersebut dan minat  yang mendalam  di kalangan generasi muda telah mendorong  Hujjat  al-Islam Agha Faghihi mengambil langkah menterjemahkan buku tadi  ke dalam  bahasa  Inggeris  dan syukur al-Hamduli-llah,  usaha  ini terlaksana jua.

Kini, dengan izin restu daripada Allah s.w.t,  terjemahannya dalam bahasa Inggeris telah pun diterbitkan. Semoga Allah menerima usaha yang dibuat ini sama ada yang berbentuk material mahupun spiritual dalam rangka untuk menjayakan cita-cita ini.  Moga-moga Allah  s.w.t memelihara golongan Syi`ah daripada sebarang  anasir jahat  menerusi perlindungan Imam al-Zaman (moga-moga saya dapat berbakti  kepadanya)  dan moga-moga kami  dengan  keizinan Allah mendapat kekuatan ilmu daripada madhhab Syi`ah.



Yuhanna Zimmi

Nama  saya Yuhanna, seorang penganut agama kristian.  Selama ini  saya telah mengikuti jalan yang salah. Akibat  daripada  kekecewaan inilah, saya telah memulakan usaha untuk mencari kebenaran  yang  boleh memberikan pengampunan dan seterusnya  keyakinan yang luhur dan suci murni. Tuhan telah memberkati saya dan menyinari  hidup saya yang dahulunya berada dalam gelap gelita  dengan petunjuk-Nya.  Akhirnya  saya yakin  dengan  sepenuhnya  keimanan kepada Allah, para rasul dan Imam yang suci, hari  Akhirat  dan menerusi sumber-sumber inilah sahaja yang dapat membawa pencapaian keimanan yang total.

Lantas  saya terus berusaha mengkaji dan memikirkan  persoalan-persoalan  yang selama ini begitu membingungkan  orang  ramai hinggakan mereka tidak berupaya mencapai kesimpulan terakhir.  Di antaranya,  ada  sebahagian  orang mengatakan alam  sejagat  ini bersifat  kekal. Setengahnya pula mempercayai  Tuhan  itu satu, manakala yang lainnya mempercayai kepada berbilang Tuhan.

Bagi  mereka yang tidak mempercayai keesaan Tuhan  mempunyai pendapat-pendapat yang berlainan mengenai sifat-sifat Tuhan.  Ada yang  mengatakan Tuhan itu berjisim, manakala sebahagiannya  pula mengatakan Tuhan itu bukanlah demikian keadaannya. Ada pula  yang mengakui  Tuhan  mengetahui segala-galanya, sedangkan yang  lain pula  menafikannya. Terdapat setengah orang percaya bahawa  kitab Taurat (Old Testament) itulah satu-satunya kitab Allah, kristian pula mempercayai Bible, kumpulan yang lain kepada Zoroaster  dan kumpulan seterusnya kepada Islam dan al-Qur'an.

Orang  ramai begitu taksub dengan  berbagai-bagai  kumpulan. Masing-masing dengan prinsip mereka yang tersendiri  dan  setiap daripada  mereka merasakan hanya merekalah sahaja yang berada  di pihak yang benar.

Saya,  Yuhanna yang sedang dalam pencarian  ini  kebingungan apabila  memikirkan jalan mana yang harus  diikut.  Lalu,  saya mengambil  keputusan untuk membaca dan seterusnya mengkaji  semua kitab  suci mereka dan dengan itu dapatlah saya membuat  pilihan yang  terbaik. Hasil daripada pengkajian yang  mendalam terhadap Old  Testament,  Bible, Zabur, Suhuf Nabi Ibrahim (a.s)  dan al-Qur'an,  saya  dapati hanya al-Qur'an sahaja  kitab  yang  paling sempurna dan lengkap. Justeru itu, saya bertambah  minat  untuk mencintai Islam.

PERBEZAAN KEPERCAYAAN DI KALANGAN UMAT ISLAM

Apabila  saya  menganuti  Islam,  saya  perhatikan  terdapat jurang  perbezaan yang ketara di antara  berbagai-bagai  kumpulan Islam  tadi.  Satu pihak menuduh pihak yang  lain  sebagai bukan daripada golongan Islam dan begitulah pula sebaliknya. Kini, saya dapati bahawa saya telah berada di suatu persimpangan jalan  yang semakin sukar berbanding dengan sebelumnya. Satu golongan daripada umat Islam percaya keesaan Tuhan terletak kepada  sifat-sifat kebesaran-Nya. Sekumpulan lain pula percaya segala yang baik  itu daripada Allah manakala yang buruk pula adalah daripada perbuatan manusia  sendiri.  Ada pula yang percaya kita tidak  berkuasa  ke atas segala perbuatan kita, manakala di satu pihak lagi mengatakan sebaliknya.

Terdapat  juga sebahagian orang yang mengatakan Tuhan  boleh dilihat  manakala sebahagian yang lain  mengatakan  tidak  boleh dilihat.  Ada orang yang percaya al-Qur'an itu kekal,  tetapi  di pihak lain mengatakan tidak. Setengahnya pula percaya para  rasul itu  ma`sumun (terpelihara daripada perbuatan  dosa  dan salah) [kitab Tanzih al-Anbiya' tulisan Sayyid al-Murtadha telah membahaskannya) manakala setengah yang lain tidak mempercayai kesucian dan kemaksuman mereka (seperti yang disebutkan dalam kitab  yang sama).

Berhubung  dengan persoalan khilafah  (pemilihan  khalifah), sebahagiannya mengatakan Abu Bakr sebagai khalifah yang  pertama dan  mengatasi  yang  lain. Golongan yang  lain  pula memberikan pandangan  yang  songsang terhadap Abu Bakr dan  mereka  percaya bahawa Imam `Ali (a.s) ialah pengganti Rasulullah (s.a.w). Tidak kurang pula yang cuba memperkecil-kecilkan personaliti `Ali (a.s) dan ada pula yang menganggapnya sebagai Tuhan.

Terdapat  golongan yang memuji Abu Bakr, `Umar  dan  Husayn, manakala  yang lain mengutuk `Ali (a.s), `Uthman dan  Hasan.  Ada juga  orang  yang percaya kepada Imam Dua Belas (12),  sedangkan yang lain pula menuruti 4, 5 atau 6 Imam.

Oleh  itu, timbullah berbagai-bagai persoalan agama  seperti persoalan halal dan haram makanan tertentu. Contohnya: satu pihak berkeyakinan  bahawa  memakan burung merpati, arnab atau  musang adalah halal, sedangkan di satu pihak lagi menegah dengan  mengatakan bahawa semuanya itu sebagai kotor.

Persoalan-persoalan yang timbul dalam madhhab-madhhab  Islam ini memberikan kesan yang sungguh besar kepada diri saya.  Ketika inilah, saya merasakan bahawa saya patut berhenti sahaja daripada mengikutinya.  Namun demikian, keinginan saya  untuk  mendapatkan kepuasan ruhani menerusi agama tersebut terus mendesak saya  daripada pelbagai peringkat.

YUHANNA - KAJIAN YANG BERTERUSAN

Kini,  saya  telah  terjunam ke  dalam  lautan  pertentangan pendapat  yang sungguh dalam apabila  saya  mengambil  keputusan untuk  menumpukan perhatian kepada al-Qur'an dan  al-Hadith  yang telah  diyakini oleh seluruh umat Islam. Di dalam proses  penyelidikan  ini, saya cuba mendapatkan pandangan tokoh-tokoh ulamak daripada  berbagai-bagai madhhab, juga melakukan pengembaraan  ke beberapa tempat.

Pertama  sekali,  saya menuju ke Institusi  Pengajian  Islam Mustansaria  di Baghdad, Iraq. Di sini, saya berada  bersama-sama dengan empat orang Imam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hanbali) memberikan kuliah agama mereka. Saya turut berdiskusi  dengan mereka  mengenai Islam tanpa memberitahu  niat  dan kepercayaan saya.

APAKAH KEEMPAT-EMPAT MADHHAB ITU BENAR?

Saya telah menemui tokoh-tokoh ulamak daripada empat madhhab Sunni  (Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hanbali) dan ini  adalah  di antara intisari perbincangan kami:

Yuhanna:    Wahai  tuan-tuan yang dimuliakan,  saya  seorang penganut  kristian tetapi kini ingin menganuti  Islam.  Tolonglah tunjukkan dan beritahukan kepada saya berkenaan dengan  cara-cara berwudu',  mandi, sembahyang dan puasa. Terdapat  perbezaan  yang besar dalam penjelasan mereka terhadap persoalan yang saya  kemukakan itu.

Yuhanna:   Wahai tuan-tuan ulamak Islam yang mulia !  Dengan nama Allah, saya bermohon agar tuan-tuan dapat menunjukkan  jalan yang benar supaya saya dapat mengikutinya untuk mendekatkan  diri saya kepada Allah s.w.t.

Ulamak Sunni: Wahai Yuhanna ! Anda bebas memilih salah  satu daripada empat madhhab ini.

Yuhanna:    Jawapan  yang  anda berikan   itu  tidak   dapat memenuhi  maksudku, kerana di antara keempat-empat madhhab tersebut terdapat percanggahan prinsip yang cukup besar.

Ulamak  Sunni:  Wahai Yuhanna ! Seandainya anda  dapati  ada sesuatu  yang salah  dalam keempat-empat  madhhab  itu,  silalah kemukakan kepada kami.

Yuhanna:    Abu Hanifah mengatakan wudu' tanpa  niat  adalah sah,  manakala Syafi`i pula mengatakan tidak sah. Syafi`i berpendapat  Bismillah wajib dibaca dalam sembahyang  sementara Maliki pula  menyalahinya  dalam masalah ini. Ahmad Hanbal  menjelaskan sekiranya  Imam sakit atau tidak berkeupayaan, dia boleh bersembahyang  dalam  keadaan  duduk dan bagi  mereka mengikuti  Imam, walaupun sekiranya mereka sihat, hendaklah  bersembahyang  dalam keadaan yang sama seperti Imam (duduk). Madhhab lain  mengatakan cara tersebut adalah tidak sah. Di sini jelas menunjukkan  terdapat kekurangan di antara satu madhhab dengan madhhab yang lain.

Ulamak Sunni: Mujtahid daripada keempat-empat madhhab  telah menetapkan keputusan  ijtihad mereka dalam  hukum  syarak  itu. Justeru itu, ijtihad mereka itu adalah benar menurut cara mereka sendiri.

Yuhanna: Saya bermohon agar anda memberitahu saya  ajaran yang  disampaikan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri supaya  saya dapat melaksanakannya seperti yang diperintahkan.

Ulamak  Sunni:  Kesemua empat madhhab tadi  memang  diterima oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Jadi, terpulanglah kepada anda  untuk membuat pilihan.

Yuhanna:    Di dalam madhhab-madhhab tersebut terdapat  percanggahan prinsip yang sungguh dalam. Tentunya Nabi (s.a.w) dalam perkara  ini  hanya menerima satu madhhab sahaja.  Lantaran itu, saya ingin bertanya apakah keempat-empat madhhab ini wujud semasa Nabi (s.a.w) masih hidup?

Ulamak  Sunni: Tidak ! Ia hanya wujud selepas seratus  (100) tahun daripada kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w).

Yuhanna:    Maksud  anda, keempat-empat  madhhab  itu  tidak pernah  wujud di zaman Nabi (s.a.w) dan zaman Khilafah, dan  kini anda  mengkaji  ajaran agama yang disampaikan oleh  Nabi (s.a.w) menerusi  empat  madhhab itu. Anda sendiri pun  nampaknya  tidak tahu  yang mana satu ajaran atau  kepercayaan yang dianuti  oleh Nabi (s.a.w) sendiri.

ADAKAH MAZHAB HANAFI ITU BENAR?

Sebaik  sahaja  saya  mengemukakan  persoalan  ini,  seorang ulamak  madhhab Hanafi ternyata cukup terkejut  dan  kemudiannya berkata: " Yuhanna, anda sudah keterlaluan membuat kenyataan yang merendah-rendahkan  kedudukan Islam. Kalau sekiranya  anda  ingin mencari jalan yang benar, anda haruslah mengetahui bahawa  Nabi (s.a.w),  ketika baginda wafat itu hanya meninggalkan  al-Qur'an dan  al-Hadith.  Justeru itu, para ulamak  Islam  sahajalah  yang boleh memahami kedua-duanya dan seterusnya memberikan hukum-hukum yang berkaitan. Seandainya anda hendak menuruti jalan yang benar, ikutilah ajaran madhhab Hanafi."

Yuhanna:  Wahai ulamak Hanafi yang dimuliakan !  Saya  telah mengkajinya dengan berpandukan al-Qur'an dan Hadith. Namun,  saya tidak juga berpuashati.

(1). Hanafi mengatakan: sah menyapu kaki terlebih dahulu semasa berwudu' kemudian diikuti dengan menyapu kepala, membasuh  tangan dan akhir sekali membasuh muka. Cara ini dianggap tidak sah dalam mazhab  lain.  Dengan berpedomankan  al-Qur'an,  wudu'  mestilah dilakukan  dengan membasuh muka dahulu, kemudian  diikuti  dengan dengan  membasuh  tangan dan menyapu kedua-dua kepala  dan  kaki. Tidak ada sebuah hadith pun yang berlawanan dengan apa yang telah diceritakan oleh al-Qur'an itu. Allah  (s.w.t) telah berfirman dalam surah al-Ahzab (33): 2 supaya  mengikuti ajaran Nabi (s.a.w). Nabi (s.a.w) sendiri bersabda agar dalam setiap ibadat hendaklah mengikut perbuatannya. Hadith  dan hujah akal tidak membenarkan  kita  meninggalkan al-Qur'an  dan  sebaliknya mengamalkan  ajaran  madhhab  Hanafi. Tambahan  lagi,  hal  tersebut bertentangan  dengan  kitab-kitab mazhab Sunni sendiri.

(2).  Hanafi menghukumkan bahawa jika seseorang itu membuang  air kecil  atau besar dan kemudian mengambil wudu' dan  bersembahyang di tempat yang sama, ia dianggap sah. Bagaimanapun, ini  bukanlah cara yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w). Allah s.w.t sendiri  telah menyatakan  dalam al-Qur'an bahawa mereka yang hampir  dengannya ialah orang yang mengharapkan keampunan dan mengamalkan kebersihan.

(3). Hanafi berpendapat bahawa sekiranya kulit anjing yang  telah mati disamak, ia boleh dianggap suci dan harus dibuat  sembahyang dengan  menggunakan pakaian daripada kulit yang  disamak seperti itu.  Ini  jelas berlawanan dengan perintah Allah  dan  Rasul-Nya yang  menegaskan bahawa sesuatu benda yang diharamkan  dan najis tidak boleh disucikan.

(4).  Biarpun hukum ini bertentangan dengan  perintah  Rasulullah (s.a.w),  Abu Hanifah mengatakan sah membaca surah  al-Hamd  yang diterjemahkan  ke  bahasa Parsi sepanjang masa sembahyang.  Nabi (s.a.w)  sendiri telah menegaskan bahawa surah al-Hamd  merupakan sebahagian  daripada  sembahyang,  dan kerana  itu  ia hendaklah dibaca dalam bahasa sebagaimana ia diwahyukan.

(5) Abu Hanifah mengatakan bahawa membaca doa Qunut dalam sembahyang  subuh adalah suatu bid`ah. Al-Hamidi dalam kitab Jami`  al-Sahihain  memetik sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud: " Semasa bersembahyang subuh selepas membaca surah dan sebelum ruku`, aku membaca doa Qunut."

(6). Abu Hanifah mengatakan bahawa jika sekiranya seseorang  pencuri  mencuri bijirin gandum dan kemudiannya mengisar gandum  itu untuk  dijadikan  tepung, tepung itu tadi sah  menjadi  miliknya. Pemilik  sebenarnya tidak berhak menuntut kembali dan  seandainya dia  berbuat demikian, dia bolehlah dianggap seorang  yang  tidak berperikemanusiaan. Seandainya berlaku serangan, pencuri itu berhak mempertahankan dirinya dengan pedang. Jika dalam pertelingkahan itu, pemilik sebenarnya  mati,  pencuri  itu tidak  bertanggungjawab  ke  atas pembunuhannya. Bagaimanapun sekiranya pencuri itu yang mati, pemilik  sebenarnya itu boleh dikenakan hukum penjara. Al-Qur'an dengan  keras melarang seseorang daripada memakan makanan yang dicuri.

(7).  Abu Hanifah juga mengatakan bahawa jikalau seseorang  Islam membunuh seorang Yahudi atau penyembah api, dia hendaklah dihukum bunuh,  sedangkan al-Qur'an sendiri mengatakan orang kafir  tidak berhak menindas atau memerintah orang Islam.

(8) Abu Hanifah berkata jika seseorang itu membayar sejumlah wang kepada  adik perempuannya dan kemudian membuat perhubungan  jenis dengannya, perbuatan itu dianggap sah, sama ada dilakukan  dengan sengaja atau diketahui salah dan benarnya. Al-Qur'an  dengan  tegas  melarang perlakuan  ini  dan  jika dilakukan perhubungan  jenis secara haram, sama ada  dia  lelaki ataupun perempuan, dia hendaklah dikenakan hukuman seratus  kali sebatan.

(9)  Abu Hanifah mengatakan bahawa jika empat orang  mengemukakan bukti  yang menunjukkan seseorang itu terlibat dalam  perhubungan jenis  secara  haram dan orang yang  berkenaan mengakuinya,  dia hendaklah  diampunkan.  Bagaimanapun seandainya  dia   menentang keputusan  keempat-empat orang tersebut, dia patut dihukum.  Ini jelas bercanggah dengan akal yang waras.

(10) Sekiranya seseorang itu terlibat dalam hubungan homoseks dan dibuktikan benar, dia hendaklah dikenakan hukuman yang ringan dan bukannya  disebat.  Nabi (s.a.w)  menjelaskan bahawa  seandainya seseorang  itu terlibat dengan perbuatan homoseks  (seperti  yang dilakukan oleh umat Nabi Lut (a.s), kedua-duanya hendaklah  dihukum bunuh.

(11).  Abu Hanifah mengatakan seandainya seorang lelaki  mengikat tali pertunangan dengan adik perempuan atau ibunya  sendiri  dan kemudiannya membuat hubungan jenis dengan mereka, dia tidak patut dikenakan  hukuman biarpun dia mengetahui perbuatan itu salah  di sisi agama.

(12). Abu Hanifah juga mengatakan bahawa sekiranya seorang  hakim itu berbuat dosa, kemudian dia mengeluarkan hukuman yang terdapat cacat-celanya,  hukuman itu tadi tidaklah boleh dianggap  batal atau tidak sah. Namun begitu, al-Qur'an dalam konteks ini  menjelaskan  bahawa seseorang itu tidak beriman  jika  dia melakukan sesuatu  yang  bertentangan dengan perintah dan keputusan  Allah s.w.t.

(13).  Abu  Hanifah mengatakan bahawa jika seseorang  lelaki  itu berbohong dengan mengatakan wanita itu sebagai isterinya dan  ada dua  orang  saksi yang menyokong kenyataannya di  hadapan hakim, hakim boleh memberikan keputusan menyokong tuntutan lelaki tersebut, iaitu wanita tadi telah menjadi isterinya yang sah (walaupun sebenarnya tidak demikian).

(14).  Abu  Hanifah  mengatakan bahawa  sekiranya  seseorang  itu mencuri seribu  (1000)  dirham daripada si  A  dan  seribu  (1000) dirham lagi daripada si B dan kemudian mencampurkannya hingga tidak  dapat dibezakan hak miliknya, si pemiliknya tidak ada  hak untuk menuntutnya kembali. Demikianlah  juga sekiranya seorang  wanita  menemui  hakim (kadi)  sambil berpura-pura mengatakan dia telah diceraikan  oleh suaminya dengan disaksikan oleh dua orang, lalu tuan kadi membuat keputusan  menyebelahi wanita tersebut. Dengan cara  itu,  wanita tersebut  tidak lagi menjadi hak suaminya dan  dia  bebas  untuk berkahwin dengan lelaki lain. Daripada keputusan dan hukuman yang diputuskan oleh  Hanafi ini  menunjukkan bahawa beliau percaya hakim atau kadi  merupakan orang yang paling berkuasa.

Nabi  (s.a.w) bersabda yang bermaksud: " sekiranya  terdapat sebarang konflik atau pertentangan, kedua-dua pihak yang terlibat hendaklah  datang berjumpa dengannya. Baginda akan mendengar  dan seterusnya  menghukumkan dengan cara yang paling adil." Ini  bermaksud  bahawa kedua-dua pihak yang terlibat mestilah hadir  dan mendengarkannya sebelum sebarang keputusan itu ditetapkan.  Keputusan yang bersifat berat sebelah adalah  dianggap  bertentangan dengan konsep keadilan.

Apabila hujah Yuhanna sampai ke peringkat ini, ulamak  Sunni lalu  bangun dan cuba mempertahankan diri mereka dengan  mengatakan: " Wahai Yuhanna! Abu Hanifah seorang mujtahid dan dia mengeluarkan  fatwa-fatwanya dengan berdasarkan ijtihad. Dia bolehlah dimaafkan sekiranya membuat kesilapan. [ Andainya golongan Syi`ah mengutuk Abu Bakr, `Umar dan `Uthman, itu pun  berdasarkan  keputusan ijtihad mereka sendiri. Jadi, kenapa pula  anda semua mengkritik golongan Syi`ah dalam persoalan ini?

ADAKAH MAZHAB SYAFI`I ITU BENAR?

Seorang ulamak Syafi`i mengambil inisiatif dengan  menerangkan: " Yuhanna, jikalau anda ingin mencari kebenaran menurut  al-Qur'an  dan al-Hadith, ikutilah madhhab Syafi`i. Syafi`i berasal daripada kaum Quraisy dan setiap keputusannya adalah berlandaskan kepada hadith-hadith Rasulullah (s.a.w).

Sampai  di  sini,  ulamak Hanafi mencelah: " Wahai  ulamak Syafi`i, anda bukannya mengikuti Imam anda, sebaliknya cuba untuk menyatakan  kepercayaan madhhab anda  dengan merendah-rendahkan mazhab lain. Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa semua hukum syarak yang diputuskan oleh Syafi`i itu benar sedangkan  kebanyakannya tidak diketahui sumbernya. Sebagai contoh: Syafi`i mengatakan bahawa seandainya seorang lelaki mencabul kehormatan seorang wanita dan kemudian wanita itu melahirkan  seorang anak perempuan, lelaki tadi dibolehkan  untuk mengahwinkan  anak lelakinya dengan anak perempuan  itu, ataupun jika wanita itu mempunyai adik perempuan dan lelaki tadi  berkahwin dengannya dan seterusnya ingin mengahwini kedua-duanya  sekali,  ia  dianggap sah. Bagaimana mungkin  orang  yang  mengikuti mazhab  Syafi`i  boleh mengatakan dirinya  lebih  baik  daripada mazhab Hanafi?

Ulama Syafi`i menyampuk sambil berkata kepada ulama  Hanafi:  " Mazhab anda langsung tidak berasas, tidak  diketahui  dan juga tidak boleh diterima akal yang waras. Mazhab anda menyatakan bahawa jika sekiranya Zayd pergi ke India dan bercadang untuk mengahwinkan anak perempuannya yang berada di Rome dengan seorang lelaki yang berada di India, perkahwinan tersebut boleh  berlangsung tanpa dihadiri oleh perempuan tadi. Suami tersebut kemudian nya memanggil isterinya pulang ke India setelah  beberapa  tahun berlalu  dan  mendapati isterinya itu telah  pun  mempunyai  tiga orang  anak dan masih mengandung lagi. Dalam keadaan  serba-salah  ini,  dia bertanyakan kepada Zayd: " Saya telah mengahwini  anak       perempuan anda semasa dia berada jauh di Rome. Sehingga kini saya belum  pernah lagi menyentuh dirinya. Jadi, bagaimana dia  boleh melahirkan anak-anak tersebut? Zayd  menjawab: " Sewaktu aku mengahwinkan  anda dengannya, malaikat telah meletakkan mani anda ke dalam rahimnya dan  kerana itu dia  boleh melahirkan zuriat. Inilah  dia  pendapat  mazhab Hanafi.

Sekali  lagi  ulama Syafi`i cuba menarik  perhatian  ulama Hanafi.  Abu Hanifah juga ada mengatakan bahawa  jika  seandainya suami  kepada  seorang wanita itu menghilangkan diri  dan wanita tadi  berkahwin  dengan lelaki lain dan mendapat anak,  kemudian suami  pertama tadi kembali semula kepadanya,  anak-anaknya yang lahir  daripada suami kedua bolehlah dianggap sebagai  anak-anak kepada suami yang pertama. Ini jelas berlawanan  dengan  fikiran yang sihat.

Ulama  Hanafi yang tidak dapat menjawab soalan  tadi  terus membalas kembali: " Wahai ulama Syafi`i, Imam anda pula mengatakan  bahawa  perhubungan jenis itu dianggap  suci  sedangkan  ini bertentangan  dengan  hadith  Nabi (s.a.w). Imam anda  juga  ada mengatakan bahawa  sekiranya seorang wanita yang  dicerai  talaq tiga, kemudian lelaki itu ingin kembali semula kepadanya,  wanita tersebut boleh kembali kepada suaminya tadi tanpa  perlu  kepada ijab-kabul  ataupun saksi.  Ini  sememangnya  bercanggah  dengan dengan  syariat al-Qur'an kerana di dalam surah al-Baqarah:  ayat 299 telah pun menyatakan kedudukannya dengan terang. Syafi`i juga ada mengatakan bahawa orang ramai hendaklah memberikan  sejumlah bayaran sebagai hak untuk dirinya, walaupun ternyata bahawa tidak ada  seorang pun yang berhak terhadap pendapatan yang diperolehi oleh orang lain kecuali zakat.

Saya,  Yuhanna  mendengar  perbincangan  dan  perdebatan  di antara  kedua-dua tokoh ulama Hanafi dan Syafi`i  dengan  penuh minat, dan dengan harapan untuk akhirnya dapat menemui  kebenaran yang hakiki.

Sementara  itu, ulama Syafi`i meneruskan  bicaranya  kepada ulama  Hanafi: " Nampaknya anda tidak menghormati  mazhab  kami dengan  cara  menonjolkan keburukan yang  terdapat  di dalamnya. Perkara yang sama akan berlaku, seandainya kami berbuat  demikian terhadap kebodohan dan kesalahan anda, dan ini akan  menyebabkan timbulnya kebencian orang ramai kepada mazhab kami dan anda.

Ulama Hanafi membalas: " Anda berbohong. Tidak ada  persoalan dalam mazhab kami yang boleh menyebabkan orang lain  membencinya." Ulama Syafi`i menjelaskan: " Abu Hanifah mengatakan  bahawa pakaian  yang diperbuat daripada kulit yang telah disamak  boleh dipakai. Wudu' boleh dilakukan dengan air perahan  kurma.  Tanpa melafazkan  niat,  seseorang itu  boleh bersembahyang  menghadap Ka`bah, membaca surah al-Hamd dalam bahasa Parsi, dan di samping membaca surah al-Tawhid, dia boleh menyebutkan beberapa perkataan lain seperti " dua batang pohon yang kehijauan."

"  Semasa bersembahyang, ruku` boleh dibuat  memadai  dengan menundukkan  kepala sedikit, masa di antara dua sajdah  hendaklah paling cepat dan selepas Tasyahhud sebelum memberi salam, sekiranya dia hendak terkentut, bolehlah dia berbuat demikian." " Wahai ulama Hanafi, jadikanlah kewarasan dan  kebijaksanaan  anda sebagai  hakim  untuk menentukan  apakah  Rasulullah (s.a.w) atau para Imam telah menetapkan fatwa itu atau menunjukkan  kepada sekalian umat Islam cara yang seumpama  itu,  ataupun adakah  ini sahaja caranya untuk beribadat kepada Allah?  Adakah semuanya ini berdasarkan kepada kebenaran?

Saya,  Yuhanna  kini dapat merasakan perdebatan  tadi  sudah sampai  ke peringkat  yang genting  dengan  masing-masing  pihak saling  hentam menghentam antara satu dengan yang lain. Saya  pun memberitahu  mereka  bahawa dengan cara perdebatan  seperti  itu mereka telah mencemarkan martabat dan kehormatan madhhab  masing-masing,  dan atas alasan untuk menjelaskan agama yang  satu ini, mereka  telah mempamerkan dan memperlihatkan kelemahan dan  kekurangan orang lain. Kesannya telah menyebabkan timbulnya  perasaan benci  di hati saya terhadap kedua-duanya. Jelaslah kini,  bahawa mazhab  Hanafi  dan Syafi`i tidak wajar dan  tidak layak  untuk diikuti. Ulama Maliki yang dari tadinya memperhatikan  keresahan saya lalu mengajak saya mengikuti madhhab Maliki.

ADAKAH MADHHAB MALIKI ITU BENAR?

Ulama  Maliki  yang turut sama dalam  diskusi  itu  berkata kepada  Yuhanna: " Kalau anda ingin  mencari  kepercayaan  yang memenuhi  syarat-syarat  yang telah ditetapkan  oleh Allah  dan Rasul-Nya,  ikutilah ajaran Malik  kerana dia merupakan  pengikut Nabi  Muhammad (s.a.w). Dia lebih utama berbanding dengan murid-muridnya yang lain termasuklah Syafi`i sendiri.

Malik, dalam masalah hukum syarak tidak mengemukakan  pendapatnya  sendiri mahupun memindanya. Segala  yang  diperkatakannya adalah  berlandaskan kitab al-Qur'an dan al-Hadith. Perbincangan yang  sedang  berlangsung  itu terganggu apabila  ulama  Hanafi menghalang sambil bertanya kepada ulama Maliki tersebut: "  Anda berpegang  kepada  pendapat  yang  mengatakan fatwa-fatwa  Malik adalah selari  dengan al-Qur'an dan  al-Hadith.  Sekarang,  cuba beritahu  saya, ayat al-Qur'an atau al-Hadith yang  manakah  yang mengatakan  bahawa daging anjing itu halal dimakan  ataupun  yang mengatakan  bahawa  air liur dan bahagian-bahagian  badannya  itu suci. Cuba buktikan kepada saya apakah ada hadith yang mengatakan bahawa membaca A`uzu bi-llah dan Bismillah sebelum surah al-Hamd itu tidak sah, dan membaca salawat ke atas Nabi Muhammad  (s.a.w) dan Ahl al-Bayt  baginda (a.s) dalam sembahyang tidak wajib.

Kini,  para ulama Syafi`i dan Hanafi  bergabung  bersama-sama menentang ulama Maliki. Perbincangan menjadi semakin sengit dan  bertambah  runcing berbanding dengan  sebelumnya, dan  saya merasa bimbang kemungkinan akan berlakunya pertelingkahan.

ADAKAH MAZHAB HANBALI ITU BENAR?

Sejauh ini, ulamak Hanbali yang berada berhampiran mendengar perbincangan tadi secara diam-diam tetapi akhirnya dia  memecahkan kesunyian itu dengan berkata: " Wahai Yuhanna! Saya bercakap ini demi kerana Allah supaya saya dapat menceritakan keadilan dan kebenaran. Sekiranya kamu benar-benar ingin  mencari kebenaran, ikutilah mazhab Ahmad bin Hanbal.

Ketiga-tiga  orang ulama daripada mazhab  Syafi`i,  Hanafi dan  Maliki segera memotong penjelasan ulama Hanbali itu  sambil menyatakan:  " Bagaimana anda hendak membandingkan mazhab  anda dengan kami sedangkan madhhab anda sendiri tidak mempunyai dasarnya.  Sebagai contoh, salah satu daripada  ajaran  madhhab anda ialah  Allah itu berjisim seperti manusia dan tinggal  di  syurga dengan tingginya empat jari daripada syurga. Anda juga  mempunyai pegangan bahawa pada setiap malam khamis, Tuhan  akan  turun  ke bumi  dan  menjelma dengan rupabentuk seorang  lelaki  muda  yang cantik,  memakai sepatu dengan renda daripada  mutiara. Penduduk Kota  Baghdad mencampakkan bijirin barli ke atas bumbung  masjid supaya keldai yang ditunggangi oleh Tuhan dapat memakannya.

Perkara  ini juga begitu diketahui umum bahawa  ada  seorang bertanya kepada Daud bin Hanbal berkenaan rupabentuk keldai Tuhan itu.  Lantas,  dia mengatakan bahawa anda  boleh menanyakan  apa sahaja  yang ingin diketahui asalkan tidak bertanyakan  mengenai janggut dan bahagian-bahagian sulitnya, cukuplah.

Sehubungan dengan ini, Ahmad bin Hanbal juga banyak  membuat kenyataan yang tidak berasas sama sekali antara lain,  seandainya terdesak,  anda  boleh membuat hubungan dengan hamba  abdi  anda. kalaulah  kepercayaan madhhab anda banyak yang tidak dapat  dapat diterima akal, lalu bagaimana anda dapat mengatakan bahawa  mazhab  andalah yang paling benar berbanding dengan mazhab-mazhab yang lain.

Saya, Yuhanna merasa sungguh terkejut dengan kekurangan  dan kepincangan  yang terdapat dalam keempat-empat madhhab  tersebut. Apabila  memikirkan  kebodohan dan berbagai-bagai  percanggahan tersebut, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak  menerima keempat-empat mazhab itu. Saya telah memilih Islam sebagai agama dan  yakin  bahawa inilah agama yang benar  tetapi  masalah  yang timbul ialah bagaimana untuk menyempurnakan ajaran Islam, sedangkan  banyak kerumitan yang parah terdapat  dalam  mazhab-mazhab tersebut.

ALIRAN YANG PALING BENAR IALAH SYI`AH

Sebaik sahaja selesai mendengar perdebatan para ulama' tadi, Yuhanna  merayu: " Wahai para alim ulama daripada  keempat-empat mazhab, saya memohon dengan nama Allah dan Rasul-Nya,  beritahukanlah  kepada  saya apakah ada lagi mazhab-mazhab  yang  lain selain daripada keempat-empat ini dalam Islam?

Ulama Sunni: Selain daripada keempat-empat aliran tersebut,                                                    terdapat  satu lagi mazhab tetapi ia tidak mempunyai  asas  yang kukuh.  Di samping itu, mereka tidak  mempunyai  ramai  pengikut  dan  digelarkan  dengan nama " Syi`ah ". Mereka mewakili kumpulan  minoriti. Di negara-negara Islam, golongan Yahudi,  Kristian dan   golongan   beragama yang  lain  bebas   untuk  menyatakan kepercayaan    dan   anutan   masing-masing,   tetapi kumpulan ini tidak berbuat demikian kerana mereka daripada golongan Syi`ah dan  takut kemungkinan mereka akan dibunuh.  Secara  ringkasnya, mazhab  Syi`ah merupakan sebuah mazhab yang tidak  berasas  dan para  pengikutnya juga hanya terdiri daripada  kumpulan  minoriti sahaja.

Yuhanna:   Adakah kamu menyisihkan mereka dengan  mengatakan aliran  mereka salah kerana bilangan mereka  yang  sedikit  atau apakah ada alasan yang lain-lain lagi? Tidakkah anda tahu bahawa al-Qur'an  memuji-muji golongan minoriti? Di dalam ayat-ayat  al-Qur'an  banyak   yang   menjelaskannya, antaranya  Allah  telah berfirman yang bermaksud:  " Orang-orang yang beriman dan mengerjakan  amal yang saleh, dan amat sedikitlah mereka  ini."  (Surah (38): 24)

" Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit." (Surah (11):  40) " Dan sedikit saja daripada hamba-hamba-Ku yang  bersyukur."  (Surah (34): 13) " Dan mereka tidak beriman kecuali  sedikit sahaja."  (Surah  4: 49) " Berapa banyak  terjadi  golongan  yang sedikit  dapat mengalah golongan yang banyak dengan izin  Allah." (Surah (2): 249)

Di  satu   pihak lagi,  al-Qur'an  telah  mengutuk  kumpulan majoriti  di dalam beberapa ayat, sebagai contohnya: "  Dan  jika kamu  menuruti  kebanyakan orang yang di muka bumi  ini, nescaya mereka  akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. " (Surah  (6):116) " Sesungguhnya  telah pasti berlaku perkataan  (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman."  (Surah (36):7) Wahyu Allah ini jelas menunjukkan bahawa pegangan agama itu tidak boleh dikatakan tidak sah atau salah hanya kerana  bilangan para  pengikutnya  sedikit ataupun sebaliknya,  dikatakan  benar dengan  melihat  kepada bilangan majoritinya saja.  Justeru  itu, saya benar-benar  mengharapkan agar  anda dapat  memperkenalkan  saya  kepada   tokoh ulama Syi`ah supaya saya  dapat berbincang dengannya mengenai mazhab tersebut.

Ulama Sunni: Jelasnya, tidak ada seorang pun ulama  Syi`ah yang berani menyertai kami dan sekiranya dia berbuat begitu,  dia tentu akan dibunuh.

Yuhanna:    Adakah golongan Syi`ah ini tidak percaya  kepada keesaan Allah?

Ulama  Sunni: Memang benar, mereka percaya  malahan  mereka melebih-lebihkan pula sifat-sifat Allah.

Yuhanna:    Adakah para pengikut Syi`ah tidak percaya kepada Nabi  yang terakhir (Nabi Muhammad (s.a.w))  dan  adakah  mereka tidak yakin akan kebenaran al-Qur'an?

Ulama  Sunni: Memang benar mereka percaya kepada  kebenaran al-Qur'an,  dan bahkan lebih dari itu mereka percaya bahawa  Nabi Muhammad (s.a.w), sama ada sebelum mahupun sesudah menjadi  rasul adalah ma'sum dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan  dan dosa yang kecil ataupun yang besar.

Yuhanna:    Apakah golongan Syi`ah tidak percaya akan  Hari Akhirat?

Ulama Sunni: Tidak, mereka sememangnya beriman dengan semua perkara tersebut.

Yuhanna:     Adakah  golongan Syi`ah  tidak  percaya  dengan soal-jawab  dalam kubur, titian Sirat al-Mustaqim di syurga  atau al-Mizan ( timbangan  amalan seseorang di  Hari Pengadilan)?

Ulama  Sunni:  Sudah pasti mereka  beriman  dengan  hal-hal tadi.

Yuhanna:    Apakah para pengikut Syi`ah tidak mahu menyembah Allah  atau  adakah mereka menolak untuk  melakukan  amalan  yang diwajibkan Islam seperti kebersihan, sembahyang, puasa, menunaikan haji dan berjihad di jalan Allah?

Ulama  Sunni: Tidak sama sekali, bahkan mereka  sememangnya menyakini semua itu, lebih daripada yang lain.

Yuhanna:  Benarkah Syi`ah membenarkan minum  arak,  berzina, makan haram, merampas hak orang lain dan menggunakannya bagi diri mereka?

Ulama Sunni: Demi Allah! Semua itu tidak benar sama sekali. Mereka tidak pernah menghalalkan makan benda yang haram. Berbanding dengan aliran agama yang lain mereka bahkan cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa dan maksiat.

Yuhanna:  Kalaulah   anda  sendiri menerima  hakikat  bahawa golongan  Syi`ah beriman dengan La ilaha  illa  Allah,  Muhammad Rasulullah  (Kalimah  Syahadat), sembahyang, puasa,  haji, zakat dan   lain-lain  seperti yang diperintahkan  oleh  Allah,  lantas kenapakah mereka patut dihukum bunuh? Saya merasa  cukup  hairan dengan sikap orang Islam seperti kamu yang sanggup membuat kenyataan yang tidak benar mengenai mereka.

APAKAH MANUSIA ITU MELAKUKAN PERBUATAN DENGAN TERPAKSA

Apabila  perbincangan tadi sampai ke peringkat ini,  Yuhanna cuba  menutup ruang  bagi para ulamak  Sunni  dengan  menegaskan kepada  mereka bahawa merekalah sebenarnya yang berada  di  jalan yang salah. Para ulama tersebut cuba mengalihkan tajuk perbincangan  dengan mengatakan: Kami menentang mereka  kerana mereka menentang sebahagian daripada kepercayaan kami.

Yuhanna: Cuba ceritakan di manakah letaknya perbezaan kepercayaan kamu, sekurang-kurangnya dapat juga saya mengetahuinya.

Ulama  Sunni: Golongan Syi`ah percaya bahawa manusia  bebas mengikut atau menentang perintah Allah (iaitu kuasa untuk memilih yang  baik  dan buruk terletak di tangan  mereka,  sedang   Allah menyuruh  kita  mentaati dan menyembah-Nya,   dan  menegah   kita  daripada berbuat zalim, dosa dan  kufur kepada-Nya.  Kepercayaan ini  adalah tidak  benar. Mereka  juga  percaya  Tuhan mempunyai musuh-musuh-Nya.

Yuhanna:  Ini   jelas  menunjukkan  mazhab  anda   menerima  hakikat  bahawa apa sahaja perbuatan salah yang dilakukan  adalah sejajar  dengan kehendak Allah. Ini  bermakna,  segala perbuatan jahat  yang  dilakukan oleh orang kafir selaras dengan  kemahuan Allah dan dia sendiri tidak berdaya menurut kehendaknya. Kalaulah demikian,  kenapakah Tuhan berulangkali menegaskan:   " berimanlah kepada-Ku  dan takutilah kemurkaan-Ku." Ini bererti bahawa  Tuhan mahukan syaitan melakukan kejahatan, peminum arak terus  meminum arak  sedangkan mereka sendiri tidak berdaya  mengawal  perbuatan mereka. Jika  benar demikian, kenapakah Allah mengingatkan  mereka tentang  kemurkaan-Nya. Kalaulah manusia tidak berkuasa  terhadap setiap perbuatan  yang  mereka lakukan,  justeru  itu kenapakah mereka harus menerima kemurkaan dan azab daripada Allah.

Sebenarnya, keadilan Allah bukanlah demikian sehingga menyebabkan seseorang yang langsung tidak berdaya akan menderita kerana  tindakan yang telah dilakukannya. Allah sendiri telah berulangkali memberikan   amaran  agar menjauhkan  diri  daripada  terlibat   dalam perkara-perkara maksiat. Banyak contoh yang dapat dipetik daripada al-Qur'an, di antaranya:" Kenapakah mereka melakukan  perkara-perkara munkar." (Surah al-Baqarah (2): 20) " Kenapakah kamu melambat-lambatkan kebenaran di atas kepalsuan." (Surah (3): 71) " Kenapakah kamu menghalang manusia daripada menuju ke jalan  yang  lurus." (Surah (3): 99)

Begitu juga,  terdapat  banyak  ayat  al-Qur'an mengingatkan sekalian  manusia supaya menghindarkan diri  daripada  dosa  dan noda.  Ayat-ayat tadi jelas membuktikan bahawa Allah s.w.t  tidak mahu para hamba-Nya terjerumus ke lembah kesesatan.

Saya, Yuhanna merasa sungguh hairan dengan kepercayaan  yang mengatakan  bahawa Allah tidak mengkehendaki  orang-orang  kafir beriman kepada-Nya, atau dalam keadaan lain, Allah mahukan  semua orang  kafir memeluk Islam dan beriman kepada-Nya.  Apakah  Allah mengkehendaki sebahagian daripada para hamba-Nya menjadi  penyembah berhala? Saya sendiri masih baru memeluk Islam tetapi menyakini  bahawa  kepercayaan yang anda anuti itu  jelas bertentangan dengan ajaran-ajaran al-Qur'an.

Anda  semua percaya bahawa Allah mengkehendaki semua  musuh-Nya  menghalang-Nya. Anda mengatakan para pengikut  Syi`ah  yang mempunyai  kepercayaan  yang bersalahan denganmu  patut  dihukum bunuh.  Nampaknya  anda cuba menunjukkan kezaliman  anda  dengan bertindak sebegitu rupa. Walau bagaimanapun,  saya tetap  mempunyai  keyakinan hanya Syi`ahlah sahaja golongan  yang  berada  di pihak yang benar.

Keempat-empat  mazhab Sunni tadi cuba  menyulitkan  keadaan dengan  mengatakan: Wahai Yuhanna! Kami tidak mengatakan  Syi`ah berada  di pihak yang salah tetapi kami menentang  mereka  kerana kepercayaan-kepercayaan  dalam  ajaran  mereka yang   mengatakan bahawa  umat  Islam akan berpecah kepada tujuh  puluh  tiga (73) firqah  (puak), tujuh puluh dua (72) daripadanya akan  ke  neraka manakala satu lagi (dari kalangan Syi`ah) akan masuk ke syurga. Oleh  kerana mereka berpendirian demikianlah  menyebabkan  mereka layak untuk dibunuh.

Yuhanna:  Namun begitu, apakah anda percaya  bahawa  mazhab andalah yang paling diberkati Allah?

Ulama Sunni: Kami sendiri tidaklah dapat memastikan  apakah mazhab  kami yang benar daripada kesemua tujuh puluh  tiga  (73) firqah tersebut.

Yuhanna:  Dengan  nama Allah, cuba beritahukan  kepada  saya atas dasar apakah Syi`ah menetapkan mereka di pihak yang benar?

Ulama Sunni: Golongan Syi`ah berkata demikian kerana mereka berpandukan kepada sebuah hadith Nabi (s.a.w) yang bersabda: " Ahl Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaikinya akan selamat  dan  barangsiapa  menyingkirkan diri  daripadanya  akan tenggelam dan sesat."

Sehubungan dengan ini juga, mereka percaya bahawa Imam  `Ali (a.s)  bersama-sama kebenaran  dan  kebenaran  itu  bersama-sama dengan  Imam  `Ali (a.s). Kedua-dua buah hadith tersebut  memang terkenal di kalangan semua mazhab Islam. Namun demikian,  sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, umat Islam mulai menentang Ahl al-Bayt (kaum kerabat) Rasulullah (s.a.w) dan mengisytiharkan Abu Bakr sebagai pengganti (khalifah). Golongan Syi`ah enggan memberikan taat setia (bai`ah) kepada Abu Bakr, sebaliknya terus bersama-sama  dengan  Imam `Ali (a.s)  dan  Ahl  al-Bayt  Rasulullah (s.a.w).  Lantaran itu, Syi`ah menjelaskan bahawa merekalah  yang paling  benar dari kalangan tujuh puluh tiga (73) kumpulan  (millah) tersebut.

Yuhanna:  Sekiranya golongan Syi`ah dapat memberikan  hujah-hujah untuk menjelaskan dua keraguanku, tentunya kebenaran mereka dapat diketahui.

1) Benarkah Rasulullah (s.a.w) dan Ahl al-Bayt baginda  menentang Abu Bakr, `Umar dan para pengikut mereka.

2) Benarkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: " Ahl al-Baytku dan para Imam yang suci ialah para pemimpin yang tulus dan benar  selepasku."

Di  samping  hujah-hujah daripada bahan-bahan  Syi`ah,  saya akan  merasa yakin seandainya mendapat bukti-bukti dari  kalangan kitab Ahl al-Sunnah sendiri.

Ulama  Sunni:  Ya, perkara yang anda jelaskan  tadi  memang benar, adil dan patut dihormati. Abu Bakr, `Umar, `Uthman  memang bertelingkah dengan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w).

(Di sini, Yuhanna merasa sungguh kecewa sambil  mengemukakan soalan-soalan seterusnya  dan berharap  akan  mengetahui  segala kebenaran dan kepastian.)

Yuhanna:  Wahai ulama mazhab Sunni, saya  bermohon  dengan nama Allah yang telah berfirman dalam Surah (2): 159: "  Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa  keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk,  setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab,  mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh semua makhluk yang  dapat melaknati."  Cuba jelaskan apakah terdapat alasan yang kukuh dan hujah yang kuat, sama ada dalam al-Qur'an mahupun hadith  bahawa sebaik  sahaja  Rasulullah (s.a.w) wafat, Abu  Bakr,  `Umar  dan `Uthman telah memusnahkan jalinan hubungan mereka dengan Ahl  al-Bayt, `Ali, Fatimah dan `Abbas. Ulama Sunni: Ya, Sahih al-Bukhari, kitab yang paling sahih menyebutkannya dalam dua bentuk:

1)  `A'isyah berkata: Ayahnya, Abu Bakr bertelingkah dengan  `Ali selama  hampir enam (6) bulan sewaktu isterinya,  Fatimah  (a.s) masih hidup.

2)`Umar  berkata: `Ali (a.s) dan `Abbas mempunyai  hubungan  yang tegang dengannya.

Yuhanna: Kenapakah `Ali (a.s) dan `Abbas menentang  kekhalifahan  Abu Bakr dan `Umar? Terdapat sebahagian  penjelasan  dalam mazhab anda mengatakan bahawa menurut pandangan Syi`ah,  perlantikan Abu Bakr dan `Umar yang dilaksanakan oleh umat Islam  daripada  mazhab Sunni sebagai pengganti Nabi adalah dianggap  tidak sah.

Ulama  Sunni: Kitab-kitab kami ada  meriwayatkan  pandangan Syi`ah tersebut yang ternyata membuktikan bahawa Imam `Ali  (a.s) dan  `Abbas  telah berselisih faham dengan Abu  Bakr  dan `Umar. Contohnya, `Umar memberitahu `Ali (a.s) dan `Abbas, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, bahawa Abu Bakr bangun sambil mengatakan, dia merupakan orang yang paling layak menggantikan  Rasulullah (s.a.w). Pada ketika inilah, `Ali (a.s) dan `Abbas  menuntut warisan mereka. `Abbas menanyakan bahagiannya daripada hak  kepunyaan  anak saudaranya (Nabi (s.a.w)), manakala `Ali  (a.s)  pula bagi pihak bapa mertuanya (Nabi (s.a.w)). Abu Bakr menjawab: Nabi telah bersabda: " Kami para nabi tidak meninggalkan warisan.  Apa yang kami tinggalkan hanya berupa sadaqah." Kedua-dua perkara itu tadi  telah disebutkan hanya oleh Abu Bakr  seorang sahaja.Allah Maha Mengetahui, apakah Abu Bakr berkata benar ataupun  sebaliknya.  Selepas kematian Abu Bakr, `Umar  menggantikannya  sebagai khalifah. Justeru itu, `Ali (a.s) dan `Abbas mengatakan dia  (Abu Bakr) sebagai pendusta, manakala mereka berdua pula di pihak yang benar. Jadi,  bagaimana  `Ali (a.s) dan  `Abbas  boleh  menuntut warisan daripada hak kepunyaan Rasulullah (s.a.w) itu?

Semua kenyataan ini dibuat oleh `Umar sewaktu dihadiri  oleh para sahabat Nabi dan tokoh terkemuka yang lain seperti Anas  bin Malik, `Uthman, `Abd al-Rahman bin `Auf, Zubayr, Sa`id dan  lain-lain. Tiada seorang pun bangun menyatakan bantahan mereka  terhadapnya  dan  ini  jelas membuktikan bahawa  Abu  Bakr  dan `Umar benar-benar menentang Imam `Ali (a.s) dan `Abbas.

Ulama  Sunni menyebutkan hal ini dalam kitab-kitab  mereka. Yuhanna  kemudian mencelah sambil berkata: Wahai  tuan-tuan  yang mulia!   Marilah  kita  lupakan sebarang  prasangka  dan sikap berpura-pura  dan kembali dalam perbincangan ini dengan  fikiran yang tenang dan terbuka mencari kebenaran yang hakiki.

1) Kitab-kitab anda seperti Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari ada meriwayatkan bahawa Abu Bakr dan `Umar berbeza  pendapat  dengan Ahl  al-Bayt Nabi (s.a.w) dan keadaan ini terus berlanjutan  sehingga ke akhirnya. Kenapa boleh terjadi demikian.

2)  Jikalau  prinsip-prinsip utama pegangan  Syi`ah  itu,  mereka mendapatkannya daripada pimpinan dan tunjukajar   kaum  kerabat Nabi  (s.a.w),  apalah salahnya mereka  berbuat demikian. Sila berikan hujah daripada kitab-kitab anda?

SADIQ - NAMA BAGI AHL AL-BAYT MUHAMMAD (S.A.W)

Berbagai-bagai hujah dan dalil menyokong fakta yang mewajibkan umat Islam mempelajari dan mengambil pimpinan daripada  Rasulullah  (s.a.w)   dan  Ahl al-Bayt (a.s)   kerana  mereka memang selayaknya mendapat penghormatan dan kemuliaan. Ini dapat dilihat dalam  kitab-kitab karangan Syi`ah dan  Ahl al-Sunnah.  Yuhanna mengaitkannya sebagai bahan perbincangan ketika meneruskan soaljawab dengan para ulama Sunni.

Yuhanna:  Wahai  tuan-tuan yang  mulia!  Berdasarkan  kepada kalimah  La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah, saya  menuntut anda  semua menceritakan hadith-hadith yang  berkaitan dengannya kepada  saya,  daripada kitab-kitab anda yang  telah  mengangkat martabat dan status suci Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w).

Ulama  Sunni: Ya, Zayd bin Arqam telah meriwayatkan  sebuah hadith  dalam  Sahih Muslim dan Sahih  al-Bukhari,  iaitu  Nabi (s.a.w)  bersabda: " Para malaikat turun  memberitahuku  mengenai saat-saat  kepergianku  yang kian hampir. Oleh  sebab  itu,   aku telah tinggalkan kepada kamu dua  perkara  yang  sangat berharga (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur'an yang menjadi sumber ilmu, dan Ahl al-Baytku (keluarga Rasulullah (s.a.w)) yang dimuliakan Allah dan sudah sepatutnya dihormati oleh sekalian umat manusia."

Dalam  kitab  Jami` al-Sahihain, Nabi (s.a.w) berdoa:  "  Ya Allah, berkatilah `Ali (a.s) dengan sifat dermawan dan jadikanlah kebenaran  sentiasa berada di pihaknya." Sahib  al-Kasysyaf  (al-Zamakhsyari)  mencatatkan  sebuah hadith, sabda Nabi  (s.a.w):  " Fatimah  (a.s) adalah kekuatan hatiku, dua cahaya matanya  adalah buah  hatiku,  suaminya adalah sinar kedua-dua mataku."  " Semua Imam  menjadi tali penghubung antara Allah dan  manusia."   "Barangsiapa mencari petunjuk menerusi mereka akan  dirahmati  dan diampuni, dan barangsiapa menyingkirkan diri daripada mereka akan musnah."  Malahan Nabi (s.a.w) pernah bersabda: " Ahl  al-Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaiki bahtera  itu akan selamat."

Yuhanna: Hadith yang bersumber daripada kitab anda itu boleh dipercayai, khususnya  di kalangan madhhab  anda  sendiri.  Bagi mereka yang telah mengetahuinya, seandainya mereka cuba menghindarkan  diri  daripada mengikuti Ahl al-Bayt, nescaya  Allah  jua yang  Maha  Mengetahui, apakah Syi`ah itu di pihak  yang  benar ataupun sebaliknya.

Kedua: Kalau hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab anda sendiri,  justeru itu apakah sebabnya anda mengutuk  mereka  dan mengatakan mereka selayaknya dibunuh. Anda membandingkan Ahl al-Bayt  Rasulullah (s.a.w) dengan Abu Bakr, `Umar dan  `Uthman  sedangkan hadith Muslim jelas mewajibkan (umat Islam) mengikuti Ahl al-Bayt (a.s). Jika Syi`ah yang berbuat demikian, sudah tentulah mereka berada di pihak yang benar.

SUATU PEMERHATIAN TERHADAP ABU BAKR, `UMAR DAN `UTHMAN

Para ulama Sunni memberikan suatu corak baru dalam  perbincangan  itu  dengan menyatakan bahawa  perkataan  rafidi  (yang digunakan  untuk  Syi`ah) diambil daripada perkataan  rafd  yang bermaksud  " menentang perintah dan sabda Nabi (s.a.w).  Justeru itu, mereka layak menerima kutukan kerana melawan dan mengkritik tindakan para sahabat Nabi seperti Abu Bakr, `Umar dan `Uthman.

Yuhanna: Atas dasar apakah, Syi`ah menentang ketiga-tiganya?

Maulana  Rasyid Syafi`i: Di antara hujah-hujah Syi`ah  ialah mereka  mengatakan: " Abu Bakr telah  bertindak  menyakiti  hati Fatimah  (a.s)  dan  barang siapa yang  menyakiti  Fatimah  (a.s) bererti dia menyakiti Nabi (s.a.w). Sekiranya Rasulullah  (s.a.w) disakiti nescaya laknat Allah akan ditimpakan ke atas orang yang bertanggungjawab melakukannya."

Yuhanna:  Perkara  yang  sama  terdapat  dalam  hadith  Nabi (s.a.w)  yang  juga didapati dalam kitab-kitab  anda.  Sahih  al-Bukhari,  kitab  yang paling sahih ada  menyebutkan  bahawa  Nabi (s.a.w)  bersabda:  " Fatimah (a.s)  adalah sebahagian  daripada diriku. Barangsiapa menyakiti Fatimah (a.s), dia menyakiti diriku dan barangsiapa bersikap tidak sopan terhadapnya, ia juga bersikap demikian terhadapku." Hadith-hadith tersebut ada disebutkan dalam kitab anda, dan anda sudah  seharusnya beriman dengan  hadith-hadith  itu.  Cuba terangkan secara terperinci, adakah Abu Bakr memang pernah menyakiti hati Fatimah (a.s) ataupun tidak?

Ulama  Sunni:  Memang benar hadith itu  tadi  ada  tercatat dalam kitab kami. Sahih al-Bukhari juga menyebutkan bahawa  selepas kewafatan Nabi (s.a.w), Fatimah (a.s) telah menemui Abu  Bakr untuk menuntut hak warisannya, tetapi Abu Bakr menolak  tuntutannya. Atas alasan inilah, Fatimah (a.s) telah berkecil hati terhadapnya  dan tidak pernah bercakap dengannya sehinggalah  kematian menjemputnya pergi. Fatimah (a.s) telah meninggalkan pesan  untuk suaminya  Imam  `Ali (a.s) agar menguburkannya pada waktu  malam  supaya Abu Bakr dan para sahabatnya tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian  ataupun  mengetahui  perkara  tersebut.  Inilah  di antara intisari yang terkandung dalam hadith itu.

A'isyah  sendiri  mengesahkan bahawa  selepas  Nabi  (s.a.w) wafat,  Fatimah (a.s) telah datang berjumpa dengan Abu  Bakr  dan menuntut  kebun Fadak (yang Nabi (s.a.w) perolehi semasa  Perang Khaybar)  dan hanya Fatimah (a.s) sahajalah satu-satunya  pewaris kebun  tersebut. Abu Bakr menafikan haknya  sambil mengemukakan sebuah  hadith yang menerangkan bahawa " para nabi tidak meninggalkan  sebarang  warisan.  Apa sahaja yang  menjadi  milik  nabi hanyalah berupa  sadaqah  untuk diagihkan  kepada  seluruh  umat Islam, termasuklah juga keluarga nabi yang berhak menerima hasilnya."

Sepanjang  hayat  Rasulullah  (s.a.w),  baginda  menggunakan harta itu bagi faedah umum, justeru itu Abu Bakr ingin melaksanakan hal yang serupa. Dengan bertindak demikian, dia telah menafikan semua hak Fatimah (a.s). Kejadian ini digambarkan dengan jelas dalam kitab Sahih  al-Bukhari daripada riwayat `A'isyah. (Kebun Fadak itu telah diubahkan kepada nama Fatimah (a.s) pada masa Rasulullah (s.a.w)  masih lagi  hidup, tetapi selepas baginda wafat, Abu Bakr telah  merampasnya daripada Fatimah (a.s).)

Yuhanna: Hadith-hadith tersebut ternyata membuktikan  bahawa Abu  Bakr memang benar-benar telah menyakiti hati  Fatimah  (a.s) dan  bertindak  secara tidak adil  terhadapnya.  Apabila Fatimah (a.s)  disakiti, seolah-olah Nabi (s.a.w) sendiri yang  disakiti. Allah  berfirman  dalam Surah al-Ahzab (33):  57:  " Barangsiapa menyakiti  Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan."

Al-Qur'an dan al-Hadith Nabi (s.a.w) telah menegaskan  demikian.  Jadi, sesiapa sahaja biarpun mereka itu  terdiri  daripada kalangan  sahabat  Nabi sekalipun, mereka  juga  layak dilaknati sekiranya menyakiti atau bertindak tidak wajar terhadap  Rasulullah (s.a.w) dan anak perempuan baginda, Fatimah (a.s).

Sampai  ke peringkat ini, para ulamak Sunni kebingungan  dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka kemudiannya cuba mencari helah  bagi  mengatasi  persoalan ini  dengan mengalihkan tajuk perbincangan  kepada persoalan lain iaitu sama ada  kekhalifahan Abu Bakr itu adalah daripada anugerah Allah ataupun ijma`.

Yuhanna:  Kenapa anda semua membisu. Sila kemukakan  jawapan kepada persoalan ini?

Ulama Sunni: Para ulama terdahulu daripada kami telah  pun memberikan jawapannya. Mereka mengatakan bahawa khalifah  mereka adalah  seorang  yang adil kerana mereka  diisytiharkan menerusi pemilihan orang ramai (ijma`) dan telah diakui kesahihannya. Jadi, bagi sesiapa yang tidak mahu menerima hakikat ini selayaknya dibunuh.

Yuhanna:  Maksud anda, titik perbezaan persoalan  ini  ialah oleh kerana pemilihan khilafah ini dibuat secara ijma`, ia hendaklah dianggap adil dan sah, dan sekiranya Ahl al-Bayt Nabi (s.a.w) menentang keputusan ini, mereka layak dihukum bunuh.

Kedua:  Anda  juga  mengatakan bahawa Abu  Bakr,  `Umar  dan `Uthman  akan ditempatkan di syurga, dan ini perlu kepada  bukti. Sebenarnya,  perkara  ini telah dirakamkan oleh  al-Hamidi dalam kitab Jami` bain al-Sahihain. Beliau memetiknya daripada  `Abdullah bin `Abbas yang meriwayatkan daripada Nabi (s.a.w) yang telah bersabda: " Apabila umatku dibawa ke hadapanku di Hari Pengadilan nanti, sebahagiannya dimurkai Allah. Lalu, aku bertanyakan sebabnya, kerana mungkin mereka terdiri daripada para sahabatku  juga. Allah  menerusi wahyu kemudiannya memberitahuku:  "  kamu  tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kewafatanmu yang menjadi  faktor  penyebab segala kejadian yang  buruk.  Aku  akan menjawab,  bahawa sepanjang hayatku aku memang mengetahui  gerak-geri mereka tetapi apabila aku mati hanya Engkaulah sahaja Tuhan yang  Maha Mengetahuinya. Apa sahaja yang Engkau lakukan,  itulah kehendakmu kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Adil. Pada ketika itu Allah akan mewahyukan kepadaku iaitu sahabat-sahabat tadilah yang telah  melawan segala perintah dan ajaran selepasmu." Dari  bukti ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang yang layak  menerima rahmat Allah dan menduduki syurga-Nya. Sahih al-Bukhari  juga  meriwayatkan  bahawa  `Umar  pernah berkata: " Pemilihan khalifah Abu Bakr dilakukan secara  tergesa-gesa (faltah) dan tidak begitu perlu, juga tidak dilakukan  menurut pendapat bersama. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada kejadian  ini pada  masa  yang  akan datang. Jika  sekiranya  didapati  sesiapa sahaja mengikuti cara ini, tangkaplah dia dan bunuh."

Yuhanna membuat kesimpulan bahawa pemilihan Abu Bakr  bukanlah  dilakukan menurut keputusan Rasulullah (s.a.w) mahupun  oleh umat Islam seluruhnya.

ADAKAH PERLANTIKAN ABU BAKR BAGI JAWATAN KHALIFAH DILAKUKAN  OLEH NABI S.A.W ?

Yuhanna: Adakah Rasulullah (s.a.w) melantik Abu Bakr bagi jawatan  khalifah itu hanya untuk beberapa hari sahaja ?

Ulama  Sunni:  Semasa Rasulullah (s.a.w)  sedang  menderita sakit, baginda telah meminta para sahabatnya yang duduk  berdekatan  supaya membawakan dakwat dan pena supaya baginda dapat memberikan petunjuk dan pimpinan yang berguna untuk membantu  mereka selepas  kewafatan baginda (s.a.w). Lalu  seorang  sahabat Nabi berkata:  " Oleh kerana Nabi (s.a.w) dalam keadaan nazak  (sakit tenat), baginda meracau-racau (hajara)."

Yuhanna:  Bolehkah  anda namakan  sahabat  yang  mengucapkan kata-kata tersebut?

Ulama  Sunni:  Dia ialah `Umar yang  menyebutkan  perkataan tersebut  di  luar daripada batas kejujuran  dan  rasa  hampirnya kepada Nabi (s.a.w).

Yuhanna:  Maksudmu, dia (`Umar) merasa bimbang  dan  khuatir Nabi  (s.a.w)  akan menuliskan perlantikan  khalifah  yang  bakal menggantikan  baginda. Justeru kerana ragu-ragu yang dia sendiri tidak  akan  terpilih, lalu dia (`Umar) menolak  permintaan  Nabi (s.a.w)  (untuk  mendapatkan dakwat dan pena).  Dengan itu,  dia telah mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w) meracau-racau dan tidak boleh ditaati perintahnya.

Wahai  para ulama cerdik pandai yang dimuliakan! Aku  sedang mencari yang paling benar. Aku bukannya daripada golongan  Syi`ah atau  Sunni.  Anda mengatakan bahawa Nabi  (s.a.w)  dalam wasiat baginda  tidak melantik sesiapa pun sebagai penggantinya,  tetapi hasil  pengkajianku daripada kitab Tawrat dan  Bible menunjukkan bahawa  Allah  tidak pernah mengurniakan kenabian  (al-Nubuwwah) kepada  sesiapa pun juga sehinggalah dia menetapkan  siapa  bakal penggantinya.

Malahan  al-Qur'an  sendiri telah  mengatakan  bahawa  sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia meninggalkan wasiat apabila sedang  sakit tenat dan dengan berbuat demikian dapat meletakkan keluarga anda dalam keadaan yang baik.

Di pihak yang lain, kitab-kitab anda al-Bukhari, Muslim  dan kitab al-Fara'id telah mencatatkan hadith yang  disabdakan  oleh Nabi  (s.a.w) supaya anda meninggalkan wasiat  dan  meletakkannya berhampiran ketika sakit. Ini  jelas  menunjukkan adalah mustahil Nabi  (s.a.w) tidak membuat perlantikan pengganti selepasnya sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kalau begitu, tentunya ini bertentangan dengan al-Qur'an dan hadith  Nabi (s.a.w) sendiri. Mengenai  persoalan  Nabi  (s.a.w) menentang perintahnya sendiri tidak timbul kerana ternyata tidak ada  bukti  yang dapat membenarkannya, begitulah juga  dari  segi logik akal.

Wahai ulama sekalian! Beritahukanlah kepadaku  bagaimanakah Syi`ah boleh mendakwa bahawa `Ali (a.s) sebagai khalifah yang sah selepas Nabi (s.a.w).

Para ulama: Mereka mengambil banyak hadith untuk  menyokong dakwaan mereka itu.

Yuhanna:  Aku memohon anda sekalian dengan  nama  Rasulullah (s.a.w) agar memberitahuku apakah terdapat hadith-hadith tersebut dalam kitab-kitab anda?

Mawlana  Rasyid Syafi`i: Ya. Hadith-hadith  tersebut  memang banyak  terdapat dalam kitab-kitab yang menyokong dan  menguatkan dakwaan mereka itu.

SEBAHAGIAN DALIL-DALIL YANG SAHIH BERHUBUNG  KHILAFAH  `ALI (A.S)

Mawlana  Rasyid  Syafi`i: Bab-bab  berkenaan  Khalifah  `Ali (a.s) ada disebutkan dalam kitab-kitab tersebut:

1) Dalam kitab Ma`alim al-Tanzil, Nabi (s.a.w) membaca surah  al-Syu`ara'  ayat 214: " Wa Andhir `Asyirata-ka al-Aqrabin "  (dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang dekat) yang  dimaksudkan kepada `Ali adalah saudaraku dan khalifahku. Nabi  (s.a.w) seterusnya meminta orang lain supaya mereka mentaatinya dan tidak menentangnya.

`Ali (a.s) telah merawikan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda  seperti  berikut: " Bahawa pada ketika  ayat  ini  diwahyukan kepada Nabi (s.a.w), baginda telah memanggil aku dan memerintahkanku supaya membawa semua kaum kerabat `Abd al-Muttalib ke suatu ruangan dengan bilangan mereka hampir empat puluh (40) orang. Kemudian,  dia  menyediakan makanan dan  susu  dalam  sebuah bekas  yang besar. Nabi (s.a.w) menyampaikan  khutbahnya  dengan bersabda:  " Wahai kaum kerabat `Abd al-Muttalib, aku  ditugaskan membawa  rahmat  dan berita gembira buat anda semua sama  ada  di dunia ini mahupun di hari akhirat nanti. Allah s.w.t telah memerintahkanku mengajak dan menyeru anda ke jalan yang benar. Siapakah di antara kalian yang mahu menurutiku dan menjadi saudara dan pemimpinku.

Apabila tidak ada seorang jua pun yang mahu menyahut  seruan Nabi  (s.a.w), `Ali (a.s)  lantas  bangkit  dan  berkata:  " Labbaik  "  (Aku  menyahut seruanmu) Aku  bersedia mengikutimu,  ya Rasulullah  (s.a.w).  Orang lain yang hadir dalam pertemuan  itu mentertawakan mereka dan terus berlalu pergi. Mereka pergi menemui  Abu Talib dan memberitahunya bahawa Muhammad  (s.a.w)  telah memerintahkannya supaya menuruti perintah anaknya sendiri."

2) Berdasarkan sumber-sumber Sunni, Ahmad bin Hanbal telah menyebutkan  dua buah dalil yang sahih. Abi'l-Bara' bin  Azib  berkata bahawa sewaktu dia dalam perjalanan bersama-sama dengan Rasulullah  (s.a.w)  sebaik sahaja mereka sampai di  Ghadir  Khum,  Nabi (s.a.w)  telah mendirikan sembahyang  zohor.  Sesudah selesai, baginda kemudiannya memegang tangan `Ali (a.s)  sambil   bersabda kepada   sekalian  sahabat: " Katakan padaku tidakkah  aku  lebih berkuasa  ke atas setiap mu'min lebih daripada diri  mereka  sendiri.

Mereka  yang hadir menjawab: " Benar ". Kata  baginda  lagi:  " Ketahuilah  dan ingatlah sesiapa yang  menjadikan  aku  sebagai mawlanya  (pemimpin)  maka `Ali (a.s) juga  adalah  mawlanya. Ya Allah!  Cintailah  siapa  yang memperwalikan dia  dan  musuhilah sesiapa yang memusuhi dia dan jauhilah sesiapa yang menyingkirkan dia  dan  dia ialah `Ali bin Abi Talib (a.s), adikku  dan wasiku (warisku). Wilayat (taat setia serta kecintaan kepada `Ali (a.s)) ini  telah diwajibkan oleh Allah s.w.t yang Maha Agong lagi  Maha Berkuasa.  Sekalian  anda di sini  mempunyai  tugas menyampaikan perintah   ini   kepada  setiap  mereka yang  tidak   hadir   di sini!"Selesai pengisytiharan Rasulullah (s.a.w), `Umar al-Khattab bangun  mengucapkan tahniah kepada Imam `Ali (a.s)  dengan kata-katanya:  "  Tahniah wahai anak Abu Talib, engkau  menjadi  mawla kepada sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan."

3)  Tha`labi  meriwayatkan  daripada Haris  bin  Nu`man.  Selepas peristiwa Ghadir  Khum, dia pergi berjumpa  Rasulullah   (s.a.w)  dan   secara   sinis  menanyakan:  " Engkau  telah menceritakan keesaan  Allah dan kenabianmu dan kami beriman dengan semua  itu. Kemudian, engkau telah memerintahkan kami mendirikan sembahyang lima waktu, kami melakukannya. Selepas itu, engkau menyuruh  kami melakukan  haji  dan  kami tetap  mentaatinya.  Sekarang, engkau melantik  pula sepupu bapa saudaramu sebagai mawla  dan  menyuruh kami membai`ahnya (taat setia)  dengan  kata-katamu: "`Ali  (a.s) ialah mawla bagi orang yang menjadikan aku mawlanya." Cuba jelaskan  kepadaku  adakah perintah ini daripada Allah  atau daripada diri engkau sendiri ?" Nabi (s.a.w) lalu bersumpah  dengan  nama Allah bahawa segala-galanya telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Haris,  kemudian berlalu pergi sambil berdoa kepada  Allah,  jika sekiranya  kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah  (s.a.w)  itu benar,  biarlah  Allah menurunkan bala' atau laknat  ke  atasnya. Belum  sempat  dia  menghabiskan  kata-katanya, batu-batu  jatuh menimpanya dan membunuhnya.

4)  Ahmad  bin Hanbal telah meriwayatkan bahawa pada  suatu  hari Salman  telah bertanya kepada Nabi (s.a.w)  tentang  siapa  yang bakal  menggantikannya. Nabi (s.a.w) menjawab: `Ali (a.s)  ialah warisnya  yang  bakal melunasi segala hutang dan  menyempurnakan tugas-tugasnya.

5)  Ibn Maghazali Syafi`i telah meriwayatkan dalam  kitabnya  al-Manaqib bahawa Nabi (s.a.w) pernah bersabda: " Putera-putera `Ali (a.s) ialah putera-puteraku jua."

Yuhanna:  Wahai  ulama  Sunni sekalian!  Bila  sahaja  anda menyatakan  kelebihan  Imam  `Ali (a.s)   dan   keistimewaannya daripada  kitab-kitab anda, aku dapat membuat  kesimpulan  bahawa Syi`ah memang berada di pihak yang benar. Anda menentang   mereka  semata-mata hanya kerana kejahilan dan kedangkalan anda mengenai mereka. Kalau memang hadith-hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab  anda,   jadi  mengapakah  anda   tidak   dapat   menerima khilafah dan Imamah `Ali (a.s)?

Ulama  Sunni: Sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat,  umat Islam  telah bersatu  dan bersetuju melantik  Abu  Bakr  sebagai khalifah.   Mereka   juga  memerintahkan   semua   orang    agar    mematuhi    keputusan   tersebut   dan  sekiranya    ada    yang mnentang, mereka hendaklah dibunuh.

Yuhanna:  Kalau  dalil-dalil mengenai  khilafah  `Ali  (a.s) sudah  jelas dicatatkan  oleh  kitab-kitab  anda,  justeru   itu  apa perlunya kepada keputusan ijma` yang lain.

Mawlana  Rasyid  Syafi`i:  Kami  tidak  sekali-kali  meragui kesahihan dalil-dalil  tadi. Kami mengakui  kebenarannya  tetapi kami    rasa   pendapat  atau   keputusan    itu    bertentangan             dengan apa yang kami yakini.

AL-QUR'AN DAN KHILAFAH `ALI (A.S)

Yuhanna:  Saya ingin tahu sama ada dalam al-Qur'an  terdapat ayat-ayat al-Qur'an  yang menegaskan kekhalifahan  dan  keimaman `Ali (a.s).

Mawlana Rasyid Syafi`i: Sesetengah dalil yang menjadi  hujah Syi`ah dalam persoalan ini juga terdapat dalam kitab-kitab  kami. Di antaranya:

1)  " Inna-ma waliyyu-kumullah ..." diceritakan dalam kitab  kami Sihah al-Sittah,  diturunkan kepada `Ali  (a.s)  apabila  beliau mensadaqahkan sebentuk cincinnya kepada seorang pengemis semasa sedang sembahyang. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t telah  menyatakan `Ali (a.s) sebagai waris dan pengganti Rasulullah  (s.a.w). Perkara ini telah diterima oleh umat Islam kerana di antara Nabi Muhammad (s.a.w) dan `Ali (a.s) tidaklah ada perbezaannya.

2) Allah berfirman, surah al-Ahzab (33): 6: " Nabi itu  hendaklah lebih   utama bagi  orang-orang mu'min  daripada  diri   mereka sendiri ... dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah antara satu  sama lain lebih berhak (waris mewarisi) dalam  kitab  Allah daripada orang-orang mu'min dan orang-orang Muhajirin."

Jadi, berdasarkan ayat di atas tadi, jelas menunjukkan  `Ali (a.s)  ialah  kaum kerabat yang paling dekat  dengan  Rasulullah (s.a.w) dan orang yang paling berhak mewarisi baginda. Kalau  ada yang cuba membantah dengan mengatakan `Abbas, bapa saudara  Nabi lebih layak sebagai pengganti, tentunya ia  tidak dapat  diterima kerana  `Abbas  berbeza daripada `Ali  (a.s)   kerana  dia tidak pernah bersama-sama dengan   Rasulullah  (s.a.w) terutama  sekali sewaktu hijrah Nabi (s.a.w).

3)  Perintah   Rasulullah  (s.a.w) lebih  utama berbanding dengan yang lain (biarpun  ia  daripada isteri-isteri  Nabi,   sahabat-sahabat atau sesiapa pun jua) dan al-Qur'an sendiri telah  menyatakan: " Sebahagiannya   Kami  lebihkan daripada sebahagian yang lain."

4) Biarpun sekiranya dia seorang mu'min tetapi tidak turut bersama-sama Rasulullah (s.a.w) berhijrah, dia tidak   layak   menjadi   pengganti  baginda. Walaupun `Abbas  ialah  bapa saudara sebelah bapa kepada Nabi  (s.a.w),  namun `Ali (a.s) lebih patut mewarisi Nabi (s.a.w)   kerana   beliau  ialah   sepupu Rasulullah (s.a.w)   daripada   kedua-dua belah pihak, bapa dan ibu.

5) Dalam surah al-Baqarah (2): 124, Allah berfirman:"  Sesungguhnya   Aku  akan menjadikanmu Imam bagi seluruh   manusia. Ibrahim berkata:  (dan  saya mohon juga)    daripada  keturunanku. Allah berfirman  lagi: Janji-Ku   ini  tidaklah  mengenai  orang-orang yang zalim."

6)  Ibn   Mas`ud  merawikan daripada al-Humairi yang telah  meriwayatkan  sabda Nabi (s.a.w): " Allah hanya memberitahu  aku  dan `Ali sahaja untuk menyeru sekalian  umat  manusia  kepada kebenaran kerana mereka tidak pernah menyembah berhala-berhala."

7)  Allah berfirman dalam al-Qur'an: " Taatlah kepada Allah   dan  taatlah  kepada  Rasul  dan Uli'l-Amr  dari  kalangan    kamu."  Rasul-rasul  atau para utusan Allah tidak   sekali-kali   menyeru manusia  kepada sesuatu yang lain  selain   daripada    ketaatan kepada Allah s.w.t semata-mata.

Allah  s.w.t  jua   telah memerintahkan umat manusia  supaya  taat  dan  patuh kepada segala perintah-Nya. Tentulah wajib bagi kita untuk mentaati para utusan Allah itu  kerana  hanya  mereka sahajalah yang dapat menjadi  panduan disebabkan  mereka terdiri daripada orang-orang  yang  bersih dan suci. Perkara ini sudah menjadi  kepastian  kerana selepas kewafatan Rasulullah  (s.a.w), idak  ada seorang pun yang layak menggantikan  baginda  kecuali `Ali (a.s) dan hanya beliau sahaja seorang yang ma`sum  (terpelihara daripada dosa).

APAKAH HUJAH YANG MEMBUKTIKAN KEMAKSUMAN `ALI (A.S)

Yuhanna:  Bagaimanakah   cara   untuk   membuktikan     `Ali  (a.s) seorang yang ma`sum?

Mawlana Rasyid Syafi`i: Syi`ah mempunyai banyak hujah  untuk menyokong    alasan tersebut. Surah al-Ahzab (33): 33  menyebutkan:  "   Sesungguhnya    Allah bermaksud  hendak menghilangkan   dosa   daripada  kamu, hai Ahl al-Bayt dan   membersihkan   kamu  sebersih-bersihnya."  Semua mazhab   sama ada  Syi`ah   ataupun Sunni  mengatakan  ayat  ini   hanya  diturunkan    kepada  Nabi Muhammad,`Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn." `Abdullah  bin  Marzbani    telah menceritakan bahawa pada   suatu   ketika   beliau berada  bersama-sama Rasulullah   (s.a.w)   sebelum   mendirikan sembahyang  subuh, beliau  melihat semasa   Rasulullah   (s.a.w)  keluar daripada  rumah  baginda, beliau akan menyentuh rumah `Ali   (a.s)  dan    berkata:  " Assalamu  `alai-kum  wa rahmatu-llahi  wabarakatuh." `Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn   (a.s)    membalas " Wa  `alai-kum as-salam ya Nabiyyu-llah  wa  rahmatu-llahi   wa barakatuh."  Sekali lagi   Rasulullah (s.a.w) menyebutkan "  As-salat  yarham-kumu-llah ",   lalu  kemudian   membaca   ayat  " Innama  yuridu-llah " dan terus menuju ke masjid. Di  atas  hujah  inilah,   iaitu   " Allah telah membersihkan   mereka   daripada segala kekotoran (bermaksud Nabi (s.a.w) dan Ahl al-Bayt  (a.s)), mereka  dianggap ma`sumun kerana tidak pernah melakukan sebarang dosa dan maksiat sama ada kecil mahupun besar.

Ahmad   ibn   Hanbal  dalam kitabnya Sihah  al-Sittah  telah  menceritakan: Ummi  Salma  berkata:  Semasa Rasulullah   (s.a.w)  berada    bersama-samaku, lalu Fatimah  pun   masuk. Rasulullah (s.a.w)  memintanya  memanggil   suami dan   anak-anaknya    dan mereka pun segera   datang.   Rasulullah  (s.a.w) pada waktu  itu sedang   berselimut kain kisa'. Fatimah, `Ali dan dua orang  anak mereka  turut  sama berselimut di  dalamnya.  Sejurus   kemudian,  Allah  s.w.t mewahyukan ayat al-Tathir  (kesucian)  kepada  Nabi (s.a.w) yang dibawa oleh malaikat Jibril (a.s).

Rasulullah   (s.a.w)  menadahkan tangan berdoa kepada  Allah semoga  mereka yang berselimut dalam kain kisa'  merupakan   kaum  kerabat baginda  yang  paling diberkati. " Ya Allah!  Jauhkanlah segala  dosa  dan  kekotoran  daripada mereka  dan    jadikanlah  mereka  orang-orang yang ma`sumun."

Umm Salamah memohon keizinan Rasulullah (s.a.w) untuk menyertainya dan Nabi menjawab: " Tetaplah kamu di situ dan engkau  jua daripada  kalangan orang yang dirahmati Allah juga."  Umm Salamah mengikut  arahan Rasulullah (s.a.w) dan merasa gembira  sepanjang hayatnya.  Peristiwa ini  juga diriwayatkan  dalam kitab  Sahih Muslim dan Sahih Abu Daud.

Yuhanna:  Jika  anda sendiri sudah  mengetahui  hadith  tadi secara  terperinci dan diakui sahih, kenapakah anda menolak  perlantikan `Ali (a.s) sebagai pengganti Rasulullah (s.a.w.a) bahkan sebaliknya  memberikan  keutamaan kepada Khilafah Abu  Bakr  yang jelas tidak mempunyai hujah dan dalil yang sahih.

KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN `ALI (A.S)

Maulana Rasyid Syafi`i: Wahai para ulama Sunni,  mengapakah anda membuat dakwaan tersebut sedangkan anda tidak dapat mengemukakan  hujah  untuk membuktikannya. Di pihak  `Ali  (a.s), jelas terdapat bukti-bukti yang memperakui kelebihan `Ali (a.s).

Para ulama': `Ali (a.s) tidaklah lebih utama daripada  orang lain bahkan sama sahaja kedudukannya.

Yuhanna: Anda bercakap tidak berasas langsung kerana  setiap orang  dinilaikan menerusi keilmuan dan perbuatannya.  Tidak  ada perbuatan  yang  lebih baik daripada Jihad  fi  sabili-Llah. Ini  kerana Allah telah menyatakan dalam al-Qur'an bahawa  orang-orang yang  berjihad dan berjuang di dalam perang lebih baik  daripada orang-orang yang tinggal diam di rumah. Mari kita lihat, siapakah di  kalangan  para sahabat Nabi yang berbuat  demikian,  memiliki banyak ilmu dan merupakan pejuang Islam yang terkemuka.

KELEBIHAN ILMU `ALI (A.S)

Mari kita bincangkan tentang keilmuan `Ali (a.s) kerana para ulama  mazhab Sunni juga mengakuinya. Dalam konteks ini,  Rasulullah (s.a.w.a) bersabda:

“ Ana Madinat al-`ilmi wa `Aliyyun babu-ha " yang  bermaksud " Akulah kota ilmu dan `Ali ialah pintunya." Nabi juga  bersabda: "  `Ali (a.s) melebihi segala yang lain." `Ali  (a.s)  mengatakan seandainya  aku  seorang khalifah, nescaya aku  akan  menjawabkan segala  persoalan  dan masalah yang dihadapi oleh  para pengikut al-Qur'an  dengan  berpandukan al-Qur'an sendiri,  dan begitulah juga dengan para pengikut kitab al-Tawrat, Bible dan Zabur  daripada kitab-kitab mereka sendiri juga.

`Ali (a.s) berkata: Tanyalah kepadaku apa sahaja yang diciptakan Allah di syurga mahupun di bumi ini kerana keilmuan tentang semua itu telah diberitahukan kepadaku. Abu  Bakr  sendiri semasa menjadi  khalifah  berucap  kepada orang ramai,  katanya: Janganlah bertanya kepadaku semasa  `Ali (a.s) masih ada. Tanyakanlah kepadanya kerana beliau sahaja  yang boleh  menyelesaikannya. Aku ini, sama sahaja dengan anda  semua. Sekiranya aku berbuat salah, tolonglah betulkan dan sekiranya aku benar, ikutilah aku.

Kini,  tugas  untuk membetul dan memimpin umat  terletak  di tangan  Imam. Kalaulah  dia sendiri melakukan  kesalahan,  jadi bagaimanakah  para pengikutnya dapat  membetulkannya.  Abu  Bakr dalam masalah-masalah kecil sekali pun merujuk kepada `Ali (a.s).

Kitab  Syahriyar  (mengandungi  hadith-hadith  sahih)   yang menunjukkan keilmuan  yang ada kepada `Ali (a.s). Di  sini  Nabi (s.a.w.a) dikatakan bersabda: " Ilmu pengetahuan terbahagi kepada 10  bahagian, sembilan darinya ada pada `Ali (a.s)  dan  bahagian yang  ke-10  itu dibahagi-bahagikan kepada umat manusia  di  bumi ini."

Ata` menceritakan bahawa timbul persoalan menanyakan  apakah ada  dari kalangan para sahabat Nabi yang lebih   bijak  daripada `Ali  (a.s). Baginda berkata: Dengan nama Allah,  saya bersumpah tidak ada seorang pun dapat mengatasi `Ali (a.s) dari segi  keilmuan  dan  kebijaksanaannya, bahkan untuk menyamainya  pun tidak akan ada.

Apabila surah Haq ayat 12 diturunkan, Nabi (s.a.w.a) memohon kepada Allah: " `Ali, saudaraku semoga berkekalan memiliki  keilmuan yang tinggi."

Al-Bukhari  dalam Sahihnya meriwayatkan Nabi (s.a.w.a)  bersabda  kepada Fatimah (a.s): " Wahai anak  perempuanku,  suamimu adalah makhluk Allah yang paling mulia dari segala-galanya."

Ini menunjukkan sesiapa sahaja, walau sehebat mana sekalipun masih perlu merujuk kepada `Ali (a.s) untuk menambahkan ilmu  dan kebijaksanaannya.  Contohnya, `Abdullah ibn `Abbas yang  dikenali sebagai tokoh ulama yang terbilang pada zaman itu merupakan anak murid `Ali (a.s). Asim,  qari  yang handal pada masa itu juga  tidak  berupaya menandingi keilmuan `Ali (a.s). Abu  Hanifah  yang dianggap terulung di  antara  tokoh-tokoh Sunni adalah murid kepada Imam Ja`far al-Sadiq (a.s) yang  memperolehi  segala  ilmu pengetahuan daripada ajaran datuknya, `Ali (a.s).

Malahan  boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Sunni yang  empat iaitu  Abu Hanifah, Maliki, Syafi`i dan Hanbali  mengakui  sumber ilmu yang mereka perolehi itu bersumberkan daripada `Ali (a.s).

Sahib al-Kasysyaf menceritakan, `Umar beberapa kali mengakui "  jikalau  tidak ada `Ali (a.s), sudah tentu  binasalah  `Umar." Dengan hujah-hujah inilah, kebanyakan madhhab Islam menerima `Ali (a.s)  sebagai  makhluk Allah yang paling utama  dan  suci  dalam kitab-kitab mereka.

KEBERANIAN `ALI (A.S)

Untuk mencari suatu contoh lain mengenai kelebihan `Ali  dan keberaniannya adalah  agak mustahil. Di  medan  perang,  kilasan pedang  Dhu al-Faqar (pedang `Ali (a.s) daripada pemberian Nabi) tidak  ada tandingannya. Rasulullah (s.a.w.a) ketika  menyebutkan kepahlawanan  `Ali (a.s) menyatakan  Darbat `Ali yaum  al-Khandak yang  bermaksud,  sekali libasan pedang Dhu al-Faqar `Ali (a.s) yang membunuh Amr ibn Abdawud adalah lebih utama daripada  segala ibadat yang ada di syurga dan di bumi.

Apabila  golongan kafir bertembung dengan `Ali  (a.s)  dalam medan perang, mereka akan mengatakan bahawa Islam berkembang  dan bertambah  kuat dengan adanya `Ali (a.s). Penglibatan `Ali  (a.s) di medan perang dengan begitu hebat, mendorong wujudnya perkataan berikut: " La fata illa `Ali, la saifa illa  Dhu al-Faqar "  yang bermaksud  (Tiada  pemuda yang serupa `Ali dan tidak  ada pedang seumpama Dhu al-Faqar).

Peperangan  Uhud  menyaksikan ramai sahabat  Nabi  melarikan diri dari medan perang kecuali `Ali (a.s). Nabi (s.a.w.a) berkata kepada `Uthman: " Engkau termasuk di antara mereka yang melarikan diri.  Perasaan sayang kepada nyawamu sungguh  besar  sehinggakan kamu  sanggup meninggalkanku. Hanya `Ali (a.s) sahaja yang  tetap teguh  bersamaku. Beliau bukan sahaja berjuang  melawan golongan kafir  itu  malahan begitu mengambil berat tentang  hal  diriku." Melihatkan  kejadian  ini,  para malaikat berkata  di  syurga:  " Lihatlah bagaimana seorang adik berusaha mempertahankan  abangnya di medan pertempuran biarpun bahaya berada hampir dengannya."

Nabi (s.a.w.a) berkata: " Sudah sepatutnya kerana dia adalah daripada diriku dan aku pula daripada dirinya."  Abu Bakr,  `Umar dan  `Uthman pada masa itu membiarkan Nabi (s.a.w.a)  keseorangan dan lari mendapatkan perlindungan di Madinah.

Allah  (s.w.t) berfirman sempena peristiwa ini:  "  Ingatlah suatu  masa apabila  ketakutan menerpa dan  engkau  tidak  dapat berbuat  apa-apa, tidak dapat melihat, menarik nafas  dan  engkau berlari  ke arah bukit-bukau seperti kambing-kambing gunung,  dan engkau  meragui  Penciptamu,  begitulah sifat-sifat  orang  yang menderhakai Tuhannya apabila mereka diuji."

Di  medan  pertempuran  Khandak, Amr  ibn  Abdawud  mencabar orang-orang  Islam, tetapi tidak ada seorang pun  yang  maju  ke hadapan  menyahut  cabarannya kecuali `Ali  (a.s)  yang  berjaya membunuhnya hanya dengan sekali libasan pedang sahaja.

Kelebihan  dan kehebatan `Ali (a.s) berbanding  dengan  para sahabat yang lain memang jelas terbukti.

SIFAT DERMAWAN, SIMPATI DAN KEPERKASAAN `ALI (A.S)

Sifat-sifat pemurah, baik hati dan suka mengambil berat  hal orang  lain begitu menjiwai hidup `Ali (a.s). Tidak  ada  seorang pun yang memiliki ciri-ciri tersebut selepas Rasulullah (s.a.w.a) selain dirinya. Contoh, beliau berpuasa bersama-sama  keluarganya selama 3 hari berturut-turut dan pada masa berbuka, beliau mensadaqahkan  semua  makanannya kepada golongan miskin. Itulah  `Ali (a.s). Surah Hal Ata diturunkan Allah mengambil sempena peristiwa tersebut.

Sa`adi  Syirazi, pujangga Parsi yang terkenal  mengungkapkan beberapa  baris ayat, antara lain dia berkata: " Apakah ada  lagi orang yang berani memuji `Ali (a.s) sedangkan Allah sendiri telah pun mewahyukan surah Hal Ata untuknya." Perkara tersebut terdapat dalam kitab-kitab kedua-dua madhhab, Syi`ah dan Sunni.

Allah  (s.w.t) berfirman kepada malaikat Jibril dan  Mikail: "Aku  jadikan kamu berdua sebagai saudara. Beritahukan  kepadaku, siapakah di antara kamu berdua yang sanggup mengorbankan jiwanya untuk yang lain." Kedua-duanya mendiamkan diri, lalu Allah menyatakan:  "  Lihatlah betapa beraninya `Ali (a.s) tidur  di tempat peraduan Rasulullah (s.a.w.a) di atas bumi itu dan dengan berbuat demikian,  dia  telah menyelamatkan  saudaranya  daripada  musuh-musuhnya. Turunlah  ke bumi dan selamatkanlah nyawa  `Ali  (a.s) kerana  musuh-musuh Allah sedang mengepungnya  dan  hindarkanlah dari terjadi sesuatu ke atas dirinya."

Ketika  malaikat turun, mereka mendapati `Ali  (a.s)  sedang nyenyak  tidur di atas katil Rasulullah (s.a.w.a) dengan  memakai pakaian  baginda (s.a.w.a). Mereka memuji-muji `Ali (a.s) sambil berkata: " Allah sungguh bangga di atas pengorbananmu, dan kerana perbuatanmu yang mulia itu, kami terselamat dari ujian Allah. Ini adalah selingkar kisah yang berlaku pada malam-malam Hijrah.

SIFAT RENDAH DIRI `ALI (A.S)

Sifat rendah diri `Ali (a.s) dapat dilihat menerusi  makanan yang  dimakannya, hanya terdiri dari roti  dan  barli,  manakala pakaiannya  pula  diperbuat dari daun-daun  atau  pelepah-pelepah tamar.  Beliau  tidak suka kepada kehidupan duniawi  dan  baginya dunia ini tidak mempunyai apa-apa erti.

Al-Khwarizmi  dalam  kitabnya,  Manaqib  menceritakan   Nabi (s.a.w.a) bersabda:  " Wahai `Ali (a.s), Allah  telah  menghiasi dirimu  dengan sifat-sifat yang tidak ada seorang jua  pun dapat memilikinya."

IBADAT `ALI (A.S) KEPADA ALLAH (S.W.T)

Memang  sudah diketahui umum, `Ali (a.s) mendirikan  salat  seribu rakaat sehari semalam.  Ini  boleh  dilihat dalam kitab-kitab sejarah (Tarikh). Walaupun keilmuan `Ali  (a.s) diakui tidak ada tandingannya, namun orang-orang yang menginginkan  jawatan  khalifah tidak mendiamkan diri dalam  usaha  mereka untuk merampas dan menafikan hak Khilafah `Ali (a.s) dengan  cara memperkecil-kecilkan kelebihan yang ada padanya.

Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa " barangsiapa berada  di jalan  yang lurus (al-sirat al-mustaqim) atau memimpin umat manusia  ke jalan yang lurus, dia mestilah diikuti," dan " barangsiapa  tidak diberikan petunjuk Allah, dia tidak boleh menjadi pemimpin kepada orang lain."

Para  ulama Sunni diam membisu apabila  mendengarkan  semua cerita  yang diambil daripada kitab-kitab mereka itu,  dan  tidak berupaya lagi mencari jalan keluar untuk menyelamatkan mereka.

Lantaran  kerana  keengganan menerima  hakikat  ini,  mereka berdalih  dengan mengatakan:  " Perlantikan  Khilafah  Abu  Bakr dilakukan  oleh  orang-orang yang lebih  unggul  daripada  kami, justeru itu kami menuruti apa yang telah mereka putuskan."

Yuhanna: Allahu-Akbar !!! Kamu tidak ubah seperti  penyembah berhala,  apabila mereka tidak dapat memberikan hujah-hujah  yang menyakinkan,  mereka  berdalih dengan  mengatakan mereka  hanya menuruti jejak langkah nenek moyang mereka yang dirasakan benar.

Sekarang  ini, konsep bertaklid tersebut memang jelas  salah dan dengan mengikutnya secara membuta tuli, tentulah akan  menambahkan penyimpangan dan penyelewengan dari hakikat yang sebenarnya.

KRITIKAN TERHADAP PARA SAHABAT

Para  ulama'  Sunni di peringkat terakhir  ini  mengemukakan satu  persoalan lagi,  " jika sekiranya  golongan  Syi`ah  dapat meninggalkan perkara ini, kami akan berhenti menentang mereka."

Yuhanna: Apakah persoalan itu ?

Para ulama: Mereka hendaklah berhenti mengkritik dan mengutuk  Abu Bakr, `Umar, `Uthman dan `A'isyah kerana Syi`ah  percaya bahawa  barang siapa mempunyai hubungan dengan mereka tidak akan dapat memasuki syurga. Ini tentunya tidak dapat diterima.

Yuhanna: Apakah Syi`ah mempunyai dalil-dalil untuk membuktikannya ?

Maulana  Rasyid  Syafi`i: Syi`ah berhujah  dengan  peristiwa semasa  Abu Bakr menjadi khalifah, dia telah  menyingkirkan   dan menafikan  hak Fatimah (a.s) [satu-satunya buah  hati Rasulullah (s.a.w.a)] ke atas tanah Fadak, dan melukakan hatinya dengan cara tersebut.  Lantaran itulah, Fatimah (a.s) tidak pernah  bertegur sapa lagi dengan Abu Bakr semasa hayatnya masih di kandung badan.

Yuhanna: Benarkah apa yang dikatakannya itu ?

Para  ulama:  Kami tidak menafikannya kerana  kejadian  ini juga disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Yuhanna: Hadith Rasulullah (s.a.w.a) menyatakan dalam  kitab kamu  sendiri yang bermaksud: " Fatimah (a.s)  adalah  sebahagian daripada diriku. Barang siapa menyakiti hati Fatimah (a.s),  juga menyakiti hatiku, dan barang siapa menyakitiku bererti  menyakiti Allah (s.w.t)."

Al-Qur'an  menyebutkan firman Allah: "  Sesungguhnya  orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat." Kalaulah Sahih Muslim, al-Bukhari dan al-Qur'an  semestinya benar,  sudah  pasti  sesiapa sahaja  yang  menyakiti  Allah  dan Rasul-Nya patut dilaknat.

Berkenaan  dengan  `A'isyah, memang benar dia  melawan  `Ali (a.s)  dalam Perang Jamal atau dengan kata-kata  lain  menentang Rasulullah (s.a.w.a) juga. Nabi (s.a.w.a) pada masa hayat baginda mengatakan: " barang siapa memusuhi `Ali (a.s), dia juga memusuhi aku  dan barang siapa bersahabat dengannya, juga bersahabat  denganku."

Dalam Islam, wanita tidak dibenarkan terlibat dalam  perang. Jadi, kalau seorang itu menentang Imam, dia berhak dilaknat  oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kini, para ulama' tadi semuanya mendiamkan diri dan  Yuhanna telah  pun menemui apa yang dicarinya selama ini. Dengan  tenang, beliau  meminta para ulama' Sunni supaya tidak lagi menggelarkan golongan Syi`ah sebagai Rafidi, kerana merekalah yang  sebenarnya berada di pihak yang benar. Mereka mempunyai hujah yang kuat dan kukuh  bahawa  di antara 73 madhhab dalam Islam,  hanya  madhhab mereka sahaja yang diberkati Allah (s.w.t). Sesiapa  sahaja  yang mulanya mengakui hakikat  ini tetapi kemudian berpaling tadah tidak mahu berbuat demikian akan selamanya berada dalam kesesatan yang nyata.

Wahai  para  ulama' Sunni sekalian, saksikanlah  bahawa  aku kini telah menerima Islam dan Syi`ah sebagai peganganku, dan  aku berharap moga-moga Allah memberkatiku. Aku  bersaksi  dengan kalimah suci: " Asyhadu  an  la  ilaha illa-Llah.., wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.., wa  asyhadu anna `Aliyyan wali wa wasi al-Rasul, wa khalifata bi'l-Haq. Aku menerima madhhab Syi`ah dalam Islam. Aku bermohon kepada Allah  semoga Dia akan memberikan petunjuk kepadaku untuk  menuju kehidupan  seterusnya  dan aku berharap agar  aku jua  dimatikan Allah bersama-samanya.

 

AL Ridho * Gombak * Selangor* Malaysia*

al-ridhogombak.jpg