Make your own free website on Tripod.com

Raudah ArRidho

SEJARAH YANG HILANG

Muka Hadapan
Mengenai Kami
Perkumpulan Kami
Hubungi Kami
KEMELUT SESUDAH RASULULLAH
Kehadiran Rasulullah
Ali bin Abi Tholib
Imam Hasan Bin Ali Bin Abi Tholib
Fatimah azzahra a.s.
Imam Husein Asyahid a.s.
Peristiwa Karbala
Imam Ali Zainal Abidin
Imam Muhammad Al-Baqir
Imam Jaafar As-shodiq
Imam Musa Al-Kadzim
Imam Ali Ar-Ridho
Imam Muhammad Ali Al-Jawad
Imam Ali Hadi An-Naqi
Imam Hasan Al-Askari
Imam Mahdi Sohibuz Zaman
Ijtihad 4 Sahabat
Ijtihad Abu Bakar
Ijtihad Umar
Ijtihad Othman
Ijtihad Ali Ibn Abi Tholib
Doa-Doa Dalam Shi'ei
Yuhana Mencari Kebenara

  Khulafa' Rasyidin Di Antara Nas Dan Ijtihad
Kandungan:
Pendahuluan
Bibliografi

Pendahuluan:

Sebuah buku telah disiapkan oleh seorang pemikir dan pengkaji islam di Malaysia mengambarkan peradaban islam dan membongkar rahsia perpecahan umat dimasa lalu sehingga sekarang berpunca dari sesudah wafat nya rasulullah S.A.W.  Di sini kami paparkan petikan buku beliau yang agak sukar diterima oleh kebanyakan manusia kerana telah lama berada didalam kepercayaan yang ada kecuali mereka yang berfikiran terbuka dan bersikap neuteral di samping meneliti dan membuat kajian sendiri. Terpulang kepada semua pembaca untuk menilai sejauh mana suatu kebenaran itu tertakluk kepada hak masing-masing untuk memikirkannya.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa' Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.

Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang agak bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Oleh itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada orang lain pula?

Paparan ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.

Lantaran itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Dengan ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.

Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran laman ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.

Kita perlu  memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.

Kepada saudara-saudara yang masih berfikran sempit dan tertutup, saya ingin kemukakan kepada mereka kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir Sadr"Jikalau saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi." Saya berkata,"Apa salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu."

Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya bersama orang-orang mukmin dengan mendapat syufaat Rasul, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Bibliografi

Abu l-Fida', Tarikh, Cairo, 1384H.
Abu 'Ubaid, Kitab al-Amwal, Baghdad, 1958.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382H.
al-Asy'ari Abu l-Hasan 'Ali bin Ismail, al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah, Cairo, 1385H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1959.
al-Baqillani, al-Tamhid, Baghdad, 1960.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib.
al-Haithami, Majma'al al-Zawa'id, Baghdad, 1378H.
al-Hakim,al-Mustadrak, Cairo, 1969.
al-Halabi, Sirah Nabawiyah, Cairo, 1382H.
Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab fi ma'rifah al-Sahabah, Cairo, 1365H.
Ibn Abd Rabbih, 'Aqd al-Farid, Tunis, 1378H.
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382H.
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1959.
Ibn Hajr, al-Isabah fi Ma'rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
Ibn Hajr, Fath al-Bari, Cairo, 1958.
Ibn Hajr al-Haitami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, Cairo, 1959.
Ibn Kathir, Tafsir ibn Kathir, Cairo, 1381H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367H.
Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.
Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1369H.
Ibn Sa'd, Tabaqat, Cairo, 1375H.
Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, Baghdad, 1369H.
al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, Baghdad, 1969.
al-Kulaini, al-Raudhah Min al-Kafi, Teheran,t.t.
Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba.
Malik, al-Muwatta', Tunis, 1384H.
al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, Hyedrabad, 1374H.
al-Nasa'i, al-Khasa'is, Beirut, 1959.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, Baghdad, 1395H.
Sahnun, al-Mudawwanah al-Kubra, Cairo, 1380H.
Sulaim bin Qais al-Amiri, Kitab Sulaim, Beirut, 1980.
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
_______,Tarikh al-Khulafa', Cairo, 1961.
al-Syafi'i, al-Umm, Cairo, 1958.
al-Syahrastani, al-Milal wa n-Nihal, Cairo, 1968.
Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, Pakistan, 1959.
al-Tabari, Tarikh Beirut, 1968.
_______,Dhakha'ir al-'Uqba, Cairo,1384H.
_______,Tafsir, Cairo, 1349H.
al-Tahawi, Musykil al-Athar, Hyedrabad, 1372H.
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf 'an Haqa'iq wa Qhawamidh al-Tanzil, Cairo, t.t.

Sila semak bab yang berikutnya..

BAB I

BAB II

BAB III

BAB IV

zainab08.jpg

Hauzah Ar-Ridho

arraudaharridho@yahoo.com

AL Ridho * Gombak * Selangor* Malaysia*

al-ridhogombak.jpg